Pages

Sunday, December 18, 2011

last night dinner was superb..but assignment was suck

assalamualaikum...


hye peeps..happy sunday!!now i am at one of my classmate rented house with a bunch of sweet people here.i mean my others classmate lah...semalam dengan hujan2 kami redah naik motor pergi rumah sewa kawan aku ni..


mission: buat assignment tax and report...tapi haram aku punye part tak gerak2...hahaha!homai...pening kot baca transfer pricing for tax...nak buat ayat lagi..otak aku jammm..i need to update my brain lah...bagi laju sikit...haila...




but yang bestnya...my friend with her friend which is my friend and classmate too...haa pening tak?hahaha!ok ok what am i try to say here is they cook delicious food last night...sedap ok...sumpah tak tipu...aku kenyang kot...makan tambah kot..hikhik..


dorang masak ayam masak kicap..ikan masin..sayur goreng berkuah..sambal sardin..telur dadar..and for desert we eat guava and pineapple dip in petis punye kuah..sedap...but i ate the fruits lah not the petis sebab tak biasa makan..ghee..


haihh..ok lah peeps..aku nak sambung buat assignment ni..hopefully aku boleh siapkan..i need to finish it...thats it people!!


assalamualaikum!!

Monday, December 12, 2011

tengku sophia the BITCH

assalamualaikum...
bitches...opss


opss..tajuk mengancam..mana tak mengancam kalau nama tu pun dah mengancam..sekarang ni dah tersebar dekat twitter minah INDON ni kutuk MALAYSIA(semangat tetibe) and HINA ISLAM..thats bad man..buruk2 aku pun aku still respect agama lain...aku still nak medalami islam..stupid


this stupid girl aku malas nk follow because bikin panas..her name tengku sophia..fron indon i guess if profile dekat tweet dia betul lah..mak cristian bapak dia islam...tu lah orang indon suka kahwin then still dengan agama sendiri..anak2 yang terumbang ambing tak tau agama mana nak ikot...lastly pilih agama yang bukan agama islam..perbuatan pun melambangkan keSESATAN dia...


this gurl buat org marah sebab ni...

dia hina islam..banyak lagi..lancang jugak mulut dia...jangan main2...hina malaysia pulak tu..malaysia tukar jadi malaySIAL...haram..haram...hello perempuan...dalam neraka nanti mintak ampun pun allah buat bodoh je tau...

and then something about that girl buat aku rasa sangsi..bukan aku je..aku rasa banyak orang rasa kot..budak ni bukan original indon..tapi macam orang malaysia sendiri...because of this..



macam orang malaysia cakap..i mean cara dia cakap macam orang malaysia..paham tak?sampah lah...menyampah lah..i mean tengok ayat dia pun macam orang melayu malaysia..orang indon ada cakap macam tu ke..kalau ada pun ejaan dia mesti lah macam bunyi2 indon kan..

hmm entah lah..kesian budak ni..hidup terumbang ambing..tapi silap lah kalau kutuk malaysia memang nak kena hentam lah dengan orang malaysia...hopefully budak ni sedar kesalahan dia..kesiann...kesian...

assalamualaikum...



Saturday, November 26, 2011

amalan-amalan yang boleh dilakukan pada Awal Muharam

assalamualaikum...

hari ini aku nak share info tentang awal muharam..ramai yang tak tahu atau ramai yang tahu tetapi tak melakukannya..aku personally tahun ini insyaAllah baru nak mulakan perjalanan mengenali apa itu agama islam..insyaALLAH semoga aku mendapat hidayah dari allah dan memudahkan aku mempelajari ilmu nya sedikit demi sedikit..

Antara amalan disunatkan pada bulan Muharam:
  1. Berpuasa.
Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun. 
Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3 kali
Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3 kali

Empat belas perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram):

  • Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
  • Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
  • Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
  • Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
  • Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.
  • Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
  • Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
  • Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
  • Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
  • Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000 kali. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
  • Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11 kali.
  • Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
  • Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

Monday, November 14, 2011

apasal suka sangat tangguh kerja hah!semua nak tangguh...!!bengang ni!!

assalamualaikum...




bengang!!bengang!bangang!opss..ok sebenarnye memang tengah bengang pun ni..semua benda nak tangguh..sebelum cuti nak tangguh test...dah tangguh test sekarang kaw nak tangguh presentation apehal..next week penat kot..exibition lagi..mandarin punye skrip nak kena hantar( sape yang tak amik mandarin untung lah)..quiz Far sabtu ni lagi..preparation untuk exibition tak buat lagi..


korang ingat aku ni robot ke?kalau satu group tak boleh nak present esok biar lah..group yang lain ape masalah lagi..tak buat lagi?tak siap lagi?group aku pun tak siap derr...tapi kiteorg cuba jugak nak buat...perghh aku bengang ni derr...panas tau tak...panas!!




karang ada jugak orang cakap aku emo..emo aku pun bertempat lah derr...kalau semua benda nak tangguh baik korang extend je sem ni..amik next sem..nak buat keputusan bincang ah dulu..ni main cakap je dekat lec nak tangguh..lec pulak jenis kesian..tapi ada korang fikir kawan-kawan lain yang dah berusaha nak buat AIS ni?ada??


eyyy...panas lah..lepas ni semua nak buat muke suke hati ah..aku memang panas sekarang ni..panas!test lab ni korang dah study belum..aku belum derr...satu pun tak study lg..korang boleh ah budak pandai..belajar sikit je dah faham..aku kena struggle kot...sekarang ni aku dengan kawan aku dah blur..mood semua dah spoil..semua dah pening nak prepare next week..


dah lah..aku minta maaf lah kalau entry ni buat korang terasa..maaf sangat-sangat...tapi aku dah pressure sangat..sangat kot!!
assalamualaikum

Saturday, November 12, 2011

why am i so LAZYYYY

assalamualaikum...




why?weishenme?weaaa??? its all means the same..kenapa...kenapa...kenapa..kenapa...hoi hentikan lah!hmm..kenapa aku MALASSS sangat...adakah kerana symptom "MELAYU ITU MALAS" ??ouhh damn...aku tak malas...aku..malas..ish..tak boleh jadi ni..




cuti dah seminggu..tapi assignment banyak gilaaa..but..aku tak sentuh pun semua tu..aku rilexx..tidur..makan..ONLINE...Allah...ape lah nak jadi dengan aku ni..rasa macam nak maki diri sendiri je..marah tak payah lah...banyak kali dah marah tak jalan jugak...iblis apa lah yang duduk dekat aku ni..haih..


kaw dah tau ada iblis melekat dekat kaw dah kenapa tak buang..iblis tu memang tujuan dia nak melalaikan manusia..ya Allah...tolong lah hambamu ini...jauhkan aku dari segala godaan iblis..


ok ini entry mengarut..maaf lah... =.=" ok bai...assalamualaikum..

Wednesday, November 9, 2011

bersubahat....hmmm

assalamualaikum...

Sifat tolong menolong di antara satu sama lain memanglah digalakkan oleh Islam dengan syarat ianya di dalam perkara kebajikan dan ketaqwaan, bukannya di dalam perkara dosa dan maksiat. Firman Allah Ta'ala :

Tafsirnya : " Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan permusuhan." ( Surah al-Mai'idah : 2 )

Adapun bertolong-tolongan di dalam perkara dosa dan maksiat bukan sahaja dilarang, bahkan Islam memerintahkan setiap orang Islam itu diperintahkan membanteras akan segala kemungkaran mengikut kemampuan masing-masing, sama ada dengan kekuatan tangan (kekuasaan), dengan lidah (nasihat) dan yang sekurang-kurangnya dengan hati iaitu dengan membencinya. Ini jelas sebagaimana hadis yang diriwayatkan daripada Abu Sa'id al-Khudri, dia berkata :
Maksudnya : "Aku mendengar Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda "Sesiapa di antara kamu yang melihat kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya, jika sekiranya dia tiada berkuasa, maka hendaklah dia mengubahnya dengan lidahnya, jika sekiranya dia tiada juga berkuasa, maka hendaklah dia mengubahnya dengan hatinya, dan yang demikian itu (iaitu mengubah dengan hatinya ) adalah selemah-lemah iman."
*****
bersubahat itu salah ye kawan2..berdose..tak kire lah dose kering ke dosa basah ke ia tetap perkara yang tidak digalakkan...aku tau..korang mesti pernah bersubahat kan..jangan tipu lah tak pernah..ce cube fikir balik...
*****
situasi 1: masa kecik-kecik

kawan: woi mat jom pergi kedai beli ais krim..!
kaw: aiskrim???wahhh..jom-jom!woi belanja lah aku...
kawan: hohoho boleh je...
kaw: mana kaw dapat duit?kaw tipu ah
kawan: aku curi duit syiling mak aku atas peti sejuk ah!jom lah
kaw: ehh yeke..dosa tau mencuri..
kawan: ish kaw ni..diam-diam sudah lah...

haaa...adik-adik...nampak tak tu..itu bersubahat namanye...dosa tau...

situasi 2: masa remaja

kawan: weyh jom pergi belakang sekolah..
kaw: ish nak buat ape dohh pergi belakang sekolah..takut kot..
kawan: eh kaw ni..tempat tu lah port baikkk punyeee
kaw: port baik untuk ape brooooooooo
kawan: untuk hisap lah..ahak..ahak..
kaw: uishh...tak nak lah nanti pengawas tangkap baru tau
kawan: ah kaw ni diam-diam je lah jangan lah hisap bising-bising..kecoh ah
kaw: ok lah..aku ikot..

haaa..ni lagi satu..eh..sebelum tu..jangan fikir kuning ye..hisap tu..hisap rokok ye..kang tak pasal-pasal kena banned..haha!

situasi: zaman dewasa

kawan: piahh...tolong lah...aku sayanggg sangat dekat si polan tu...aku sedih bila si polan tak layan aku..
kaw: sabar lah peah...kaw berdoa lah..jangan lah sedih-sedih...
kawan: piahh...aku nak pergi pahang jumpa si polan..aku nak minta dia terima aku balik..
kaw: ish kaw nak pergi ni ada duit tak..dia nak jumpa kaw ke...
kawan: aku tak tau lah piah..aku redah je...
kaw: kalau macam tu ikot kaw lah peahhh..jumpa lah dia..

haaa..ni bersubahat dalam diam..mungkin korang cakap ok lah kawan mcm tu..tapi sedar tak korang..if jadi pape dekat kawan korang tu siapa yang bertangungjawab..parents dia tak tau..haaa..korang pulak yang bagi sokongan..ape cer..bersubahat nama nya..kalau accident ke..masuk hospital ke..kawan buat kerja gila ke..nanti silap-silap polis yang cari korang...

ye kadang-kadang kita pun tak sedar yang kita sedang bersubahat..lagi-lagi biila kita tau kawan kita buat perkara yang salah dari segi agama contohnya membawa lelaki masuk kedalam rumah..berpeluk-pelukkan..kita nampak dengan mata kepala kita sendiri..tapi kenapa kita tak tegur dia??

sebab...dia tu kawan kita..jadi kita pulak sebagai kawan mesti membantu dan menyokong kawan-kawan kita..tapi salahkan...ada yang tak sanggup nak report kepada pihak atasan kerana apa?kerana tak mahu kawan itu menderita..tapi ada tak kawan kaw tu fikir pasal mak abah dia yang dekat kampung sebelum buat perkara yang tak senonoh tu?
wallahualam....
assalamualaikum semua...papai

Tuesday, November 8, 2011

i couldn't understand WHY?

assalamualaikum...


hai peeps..korang buat ape tu...dah pukul 12 mlm dah pun..haih...xtau lah kenape....why?wea? aku rase bosan..sampai nak tidur pun bosan...kepala ligat berjalan..berfikir...haih...


macam-macam masalah dunia nak difikir..masalah akhirat tak sempurna juga...ya Allah...tabahkan lah hati hambamu ini... aminn..


ah termenung 20 min lak depan ni..jam tak tau nak tulis ape..padahal dalam otak ni byk benda tengah fikir...ah...

Sunday, November 6, 2011

raya haji dah macam raya aidilfitri!!

assalamualaikum...


selamat hari raya  aidiladha semua!!! seronok tak raya korang tahun ni? raya aku tahun ni entah kenapa rasa seronokkk sangat...gheee..rajin pulak nak tangkap2 gambar posing bagai..entah..seronok bersama keluarga agaknye..ghee..


lets the pic begins...
mesti dimulakan dengan parent..









alamak terlebih pulak!
ini baru separuh..lagi separuh esok lah ye...ghee..
assalamualaikummm







Saturday, November 5, 2011

heaven!

assalamualaikum...




hai semuaa!!gheee...yes..yes..kepada pelajar2 IPTA yang degree sahaje ye...selamat hari raya and selamat bercuti selama seminggu ya'll!!


excited??memang lahh..penat kot...dari minggu lepas aku dipulun di asak dengan test yang berderet..cewahh...korang cube bayang kan..bayangkan je bukan buat ape pun... dari hari sabtu,ahad,isnin,selasa,khamis,dan jumaat(semalam) test je memanjang..mau tak tension habes..perghh


tapi..lepas semua test..lepas cuti dah berderet pulak kerja2 yang kena buat..exibition lah..presentation almost every week rasenye..and 2nd test yang bakal2 menjelma...ahhh sakit jiwe rage aku fikir bende2 tu..


ok lah korang...aku dah lapa ni...nak pergi makan masakkan emak yang tersayang..assalamualaikum...

Saturday, October 1, 2011

disebab kan sibuk aku kehilangan orang yang tersayang

assalamualaikum...


hmmm..maaf semua aku dah lame tak update blog..maklumlah dah mula bz dengan study...hari ini...aku...sedih sangat...buka fesbuk tadi tengok mak aku ade buat note..rupanya along aku dah balik terenganu setelah berpantang 2 bulan dekat sini...


masa cuti sem selepas aku balik dari langkawi along aku yang tinggal di terenganu balik ke melaka..masa tu kandungan dia baru 8 bulan..saje buat check up dkt hospital dkt melaka ni..yela asal nak bersalin je mesti balik melaka..senang nt anak2 dia tu ade orang jage kalau masa dia di hospital..beberapa hari lepas tu dia kena tahan wad sebab air ketuban sikit and then tak lame lepas tu dia terpaksa dibedah sbb doktor takut anak dia dlm keadaan bahaya..


jadi..dalam masa dia masuk hospital dan sebagainya aku lah yang menjaga anak2 dia..irfan..auni dan aufa..masing-masing umur 6 tahun 4 tahun dan 2 tahun..ayah dorang kerja dekat terenganu tiap2 minggu balik tengok kakak aku..kesian..dah la bulan puasa..macam mana lahd ia sahur dgn berbuka..


mula-mula susah jugak jage budak2 ni..nasib baik anak buah sndiri...kalau anak orang lain aku pun give up rasanya..masa mak dorang masuk hospital aku lah yang jage budak-budak ni..teman mereka tidur..banggun tengah-tengah malam kalau yang kecik aufa tu nangis..bangun buat susu tukar pampers pagi2 buta...dengan rindu dorang kadang-kadang terbangun panggil mak...kesian..


tapi alhamdulillah dorang tak ada lah nangis sampai bengkak-bengkak mata sebab mak dorang dekat hospital ayah pulak keje dekat terenganu..pada tarikh 10/8/2011 lahir lah anak buah aku yang baru..kecik je..tak cukup bulan..tapi alhamdulillah tak ada pape yang membahayakan..hari yang sama juga auni masuk hospital..mak dia dekat tgkt 6 anak pulak dekat tingkat 9..


2 minggu lebih auni kne tahan wad sebab demam plus lelah..mak aku lah yang temankan auni..tidur lah 2 minggu mak aku dekat hospital tuh..aku pulak diamanahkan untuk jage rumah dan jage anak buah aku irfan dan aufa..besar rasanya tanggungjawab aku..mana taknya..bulan puasa..aku lah yang kena bangun masak untuk sahur..aku lah kene kemas rumah..mandikan anak buah aku untuk pergi ke sekolah tadika..




pukul 12 kalau abah aku tak ada dekat rumah aku jalan kaki pergi amik dorang dekat tadika..ade lah dalam 10 min je jalan..lepas tu masakkn dorang...makanan fav dorang nasi+telur+kicap..itu aje..bagi sayur xnk..bagi ikan kadang2 je..ayam pun kadang2 je..memilih betul budak-budak zaman sekarang ni..ghee


seminggu lepas raya aku dah balik kampus..aku tinggal di apartment sblah uitm tuh..hari pertama aku tidur tanpa dorang..rindu...golek kiri kanan susah nak tidur..fikir siapa lah nak bangun bagi dorang susu..dodoikan dorang tidur..pujuk bila dorang menangis..hari2 bila aku rindu aku tengok gambar dorang..teringat keletah dorang..bila kami main sembunyi2..main kejar2..ye aku tau umur aku dah 22...tapi seronok main dengan budak2 ni.tak rasa mcm 22 je..rase mcm umur sebaya dengan dorang...ghee


ahh..mengalir-galir air mata aku teringat dekat mereka2 tu...aku suka menyakat budak2 tu..comel sangat..bila dorang nakal aku cakap "cik ta xnk kawan auni" nanti cepat2 dia datang peluk aku.."auni nak kawan! auni tak nakal lagi..irfan yang nakal!" haha!terus je aku senyum..nakal..tuduh abang dia pula..sama je lah perangai adik beradik tu...


ya allah...rindunya aku...hari ni dorang balik ke terenganu sebab kakak aku dah abis pantang..aku tak sempat pun balik rumah nak jmpe buat kali terakhir...ya allah sedihnye...rasa mcm nak nangis kuat2...tapi kene cover nt kawan aku fikir ape pulak..ghee..nanti bila aku ade anak..aku tak akan tinggalkan anak aku sorang-sorang..aku nak jage dia betul-betul..


p/s: cik ta rindu irfan..rindu auni..rindu aufa sangat2!!nt balik melaka lagi ea..nt cik ta belikan coklat dengan mainan banyak2...nanti kite main kejar2 lagi..main sembunyi2 lagi..cik ta mandi kan..dik ta masakkan korang makan ea..

Thursday, September 15, 2011

Mane aku menghilang? (11 sept 2011)



Assalamualaikum…

Mana aku menghilang dah lame tak update blog ni kan..ghee..sebenarnya hari ini dah start kelas..aku nak bagitau korang ni aku dah duduk rumah sewa..!ghee..last sem aku duduk rumah je..yela..belajar dkt Melaka..rumah pun dekat Melaka..ghee..untung kan..ramai tanya aku kenape duduk rumah sewa lak ni kan..dah la rumah dekat je..

Yela aku tengok jadual aku this sem semua balik petang..tak petang malam..alahai..pointer aku last sem pun teruk jugak kan..bak kate lecturer biasa lah budak account memang pointer tak berapa nak tinggi sbb semua subject tuff…duhhh…memang tuff pun…tension je aku bile tengok jadual..kehkeh

Jadi! Mak aku suruh aku duduk rumah sewa lah..kebetulan pulak uitm bandaraya Melaka ni erkk…salah2…sebelah kampus aku ni ada buat apartment yang kononnya uitm bandaraya Melaka nak beli untuk jadikan kolej budak perempuan and kolej budak perempuan yg lama tu jadi kolej budak lelaki..alkisahnye lah…

tapi…bila seminggu dua sebelum kelas start dengar lah ura-ura yang bangunan apartment yang baru dibina tu bukan uitm punye..meaning orang lain yang beli..pihak yayasan Melaka lah yang beli and nak sewakan pada student2 uitm lah kn..jadi banggunan tu tak jadi lah kolej..dgn itu tak ada rules mcm kolej uitm yang biasa lah kan..kehkehkeh…jeng jeng jeng…
apartment yayasan melaka
bile semua student dgr je tak ada rule mcm kolej yg lain kemain lagi ramai yg nak sewa..satu sem RM700..one month 150..ada 16 tingkat..satu tingkat ada 8 rumah..satu rumah 5 bilik jadi ada 10 orang lah ada 3 toilet and 2 shower..fuhh…siapa yang tak nak rumah sblh kampus je…so mak aku last minit pun ckp suruh aku sewa dkt situ..procedure nak sewa tuh xpyh ckp lah..kang pnjg lak cite..

setakat 3 hari menetap ni aku kenal roommate aku je lah..housemate semua aku tak kenal..salah aku jugak tak bertegur dgn housemate yang lain..pemalu tahap gaban..tu yang payah tu..sabar je lah…kalau dah segan tu memang duduk diam berkurung dlm bilik je lah..gile ke tak gile tu..

sejak duduk rumah sewa ni aku tak boleh nak on9…yela bukan ade wifi pun dkt sini..nak tak nak kne beli broadband lah..ppffff…tak pernah2 gune berukband dah terpakse guna…nanti bile dah dpt berukband aku update lah entry ni…
assalamualaikum

Monday, September 5, 2011

Pemilihan Pasangan Dalam Pembentukan Bait Muslim

assalamualaikum....
sejak akhir-akhir ini aku lihat banyak antara isu yang dibincang oleh kawan- kawan aku atau rakan-rakan di fesbuk tentang hubungan mereka..ada yang tanya dah sedia nak kahwin ke belum..apa yang aku copy ( ye mengaku copy paste) dari forum i luv islam ni korang buat lah rujukkan..baik lelaki atau pun wanita baca lah..pilih pasangan berdasarkan agama islam..insyaAllah..

Noktah bidayah (permulaan) bagi keluarga Islam tidak hanya bermula dengan perkahwinan tetapi ianya bermula sebelum pasangan mendirikan rumahtangga lagi. Tuntutan mencari dan memilih pasangan hidup amat ditekankan oleh Rasulullah SAW demi memastikan kita melahirkan zuriat yang terpelihara, soleh dan solehah.

Baginda SAW telah bersabda :
"Pilihlah tempat untuk kamu letakkan mani kamu" (Riwayat Ibnu Majah) .

Tidak salah sewaktu kita sibuk belajar kita mengambil peluang mencari pasangan hidup tetapi hendaklah mengikut syara'. Sekiranya kita menjalinkan hubungan cinta untuk berseronok dan memuaskan nafsu semata-mata maka itu adalah haram hukumnya. Namun hubungan yang dibentuk untuk bersatu dalam membentuk rumahtangga maka ia adalah harus, tetapi hendaklah menjaga batas-batas yang digariskan oleh syariat.

Mencari pasangan pada usia yang terlalu muda tidaklah sesuai sekiranya masih lambat untuk mendrikan rumahtangga. Bimbang hubungan yang terjalin antara lelaki dan perempuan tidak mampu dikawal dan terjerumus ke lembah maksiat. Firman Allah Taala :

" Dan janganlah kamu menghampiri zina, Sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)." (surah isra' ayat : 32 )

Kita bukan sahaja dilarang mendekati zina tetapi segala bentuk perbuatan yang mendorong berlakunya zina.

Sebelum mencari pasangan, perlu kita tahu apakah ciri-ciri pasangan yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW agar terjamin pilihan kita adalah pilihan yang tepat dalam menjana keluarga bahagia.

Bab pemilihan pasangan ini kami bahagikan kepada beberapa fasa, iaitu :

I- Asas pertimbangan memilih calon isteri mengikut pandangan syara'
II- Sifat perempuan yang dilarang untuk dikahwini.
III- Hak perempuan dalam memilih pasangan
IV- Ciri-ciri lelaki yang disukai wanita
V- Ciri-ciri wanita yang disukai lelaki
VI- Istikharoh.

I – Asas Pertimbangan Memilih Calon Isteri mengikut Pandangan Syara'

a) Perempuan yang Beragama
Islam tidak menyekat fitrah keinginan manusia dalam memilih pasangan hidup. Kebiasaannya lelaki cenderung memilih wanita yang cantik, manakala wanita lebih gemar memilih lelaki yang berpangkat dan berharta bagi jaminan kestabilan ekonomi dalam keluarga.

Namun dalam membuat pilihan, Nabi SAW mengingatkan kepada kita semua bahawa ciri-ciri yang dikehendaki oleh naluri insan itu hendaklah tidak mengenepikan ciri yang paling penting iaitu beragama.

Hadis Baginda SAW yang berbunyi :

maksudnya : " Wanita itu dinikahi kerana empat perkara : hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah olehmu orang-orang yang mempunyai agama nescaya kamu akan berbahagia " (Muttafaq A'laih : Riwayat Bukhari)

Daripada hadis tersebut kita dapat simpulkan bahawa secara umumnya lelaki mengawini perempuan berdasarkan empat perkara iaitu harta, kecantikan, keturunan dan agama. Maka Rasulullah menganjurkan agar faktor agama menjadi syarat utama dalam pemilihan pasangan.

Terdapat khilaf ulama' dalam menafsirkan 'taribat yadaka' ("melekat debu di tangan engkau"). Mengikut ibnu Hajar al-Asqalani 'Taribat yadaka' membawa kepada makna 'fakir'. Ini juga pendapat Abu Ubaid yang dinukilkan oleh Ibnu Manzur dalam kitabnya Lisanul Arab. Lafaz ini adalah berbentuk sindiran (kinayah) yang mana Rasulullah SAW mendoakan kefakiran terhadap lelaki yang mengawini wanita tanpa berdasarkan agama, dengan mengutamakan faktor kecantikan, kekayaan atau nasab semata-mata. Ini menunjukkan ketegasan Rasulullah SAW menyuruh lelaki menitikberatkan faktor agama dalam pemilihan isteri.

Sebaliknya ada yang berpendapat ianya bukanlah doa, tetapi lafaz biasa bagi orang arab dengan tidak bertujuan doa. Mengikut Ibnu Arabi lafaz 'taribat yadaka' membawa maksud 'kaya' (beruntunglah engkau). Beruntung atau bahagia di sini merujuk kepada pemilihan perempuan yang beragama sebagai isteri.

Biar apa pun khilaf di kalangan ulama' dalam menafisrkan kalimah 'taribat yadaka', namun semuanya membawa kepada penekanan pemilihan calon isteri yang patuh kepada agama. Hadis ini membawa dua wajah samada "beruntung atau berbahagia bagi sesiapa yang mengawini perempuan yang beragama" atau "akan menjadi fakir (malang) bagi lelaki yang mengawini perempuan yang tidak mempunyai agama".

Walaupun hadis ini memfokuskan kepada ciri-ciri pemilihan isteri, namun sama halnya juga dengan pemilihan suami.

Maksud beragama yang ditekankan oleh Rasulullah SAW ini bukanlah bererti perempuan yang belajar bidang agama (ustazah) semata-mata. Sebaliknya erti perempuan yang beragama itu ialah wanita yang memiliki akidah yang teguh dan penghayatan Islam yang mantap dalam kehidupannya. Tidak kira apa jua bidang yang diceburi. Faktor agama ini penting kerana ianya :

Ø melahirkan isteri solehah yang bertaqwa.
Ø senang ditarbiah
Ø mentaati segala perintah suami.
Ø menjaga kehormatan diri dan harta suami walaupun suaminya tiada di sisinya
Ø mengetahui hak suami dan dapat melaksanakan kewajipan dengan sempurna.
Ø Mampu melayan suami dengan baik
Ø Bersabar dan redha dengan kesusahan hidup
Ø Menolong suami dalam mentaati Allah dan Rasul.
Ø Mampu menegakan keimanan suami
Ø Dapat mentarbiah anak dengan ajaran Islam yang sebenar

Alangkah bagusnya andai agama digabungjalin dengan setiap ciri bagi calon isteri, agama dengan harta, agama dengan kecantikan dan agama dengan keturunan. Maka terhimpunlah segala kebaikan pada seorang isteri.

Perempuan beragama yang kaya tidak menimbulkan rasa tamak suami malah menanam sifat qana'ah.

Perempuan beragama yang cantik tidak melaghakan suami daripada mentaati perintah dan larangan Allah.

Perempuan beragama yang berketurunan mulia tidak menjadikan suaminya sombong dan bongkak malah menanam rasa syukur dan tawadhu'.

Perempuan yang miskin, kurang cantik dan tidak berpangkat tetapi beragama lebih baik daripada perempuan yang tidak beragama walaupun cantik, kaya, dan berstatus tinggi.

Mungkin seorang lelaki mengahwini perempuan yang kaya kerana dikelabui dengan harta. Dia menyangka perempuan tersebut dapat menanggung sendiri perbelanjaannya di samping dia boleh menumpang kemewahan tersebut tanpa berpenat lelah mencari nafkah. Namun kemewahan bukanlah jaminan kesejahteraan bahkan mengundang malapetaka . Cuba kita fikir sejenak :

Tidakkah harta yang dimiliki akan hilang sedikit demi sedikit atau sekaligus akibat bencana atau sebagainya? Akhirnya harta hilang cinta pun melayang kerana harta yang dinikahi bukan perempuan.

Bagaimana pula sekiranya berlaku konflik rumahtangga, maka perempuan itu menjadi bakhil dengan hartanya, mengungkit-ngungkit kembali perbelanjaannya dan merendahkan status suami. Sebaliknya pula isteri terpaksa menderita gara-gara suami merampas hartanya dengan rakus.

perempuan yang kaya kebiasaanya akan meletakkan mahar yang tinggi bagi menjaga status. Mampukah suami yang kurang berada menanggung bebanan mahar ini?

Mampukah perempuan yang kebiasannya hidup dalam keadaan mewah menanggung kesusahan kehidupan apabila berlaku kegawatan ekonomi keluarga? Mungkin ada, tatpi tidak ramai.

Samalah juga dengan mengawini perempuan kerana kecantikan semata-mata. Kecantikan tidak kekal lama. Apabila kecantikan sudah hilang hatipun merasa tawar, cinta pun terkubur. Mulalah lelaki itu pasang niat untuk mencari gadis yang lain .

Maka bertepatanlah Rasulullah SAW melarang seorang lelaki mengawini perempuan kerana kecantikan dan harta tanpa mengutamakan agama . Sabda Rasulullah SAW dalam menyatakan larangan tersebut :

"Janganlah kamu mengawini wanita-wanita kerana kecantikan kerana kemungkinan kecantikan itu memburukkan kehidupan. Janganlah mengawini mereka kerana harta , kerana kemungkinan harta itu menyebabkan kezaliman mereka. Tetapi kahwinilah mereka atas dasar agama. Seorang hamba sahaya yang hitam, berbibir tebal yang beragama adalah lebih baik " (Diriwayatkan oleh Ibn Majah)



assalamualaikum...

Sunday, September 4, 2011

nak tegur tentang adab lepas makan di rumah orang

assalamualaikum....


rasanya belum terlambat lagi nak wish selamat hari raya maaf zahir dan batin kepasa semua pembaca blog ni..tak kira lah anda follower atau skodeng2 punye reader tak kisah lah...maaf jika selama ini ada diantara entry aku yang menyingung perasaan korang ke ampun lah ye..


entry kali ni hmm tak tahu lah..nak kate luah perasaan pun boleh nak kata tegur pun boleh..ok macam ni ceritanya...korang pergi beraya kan dekat rumah orang atau rumah sedara-sedara korang..seronok mak cik korang semua hidangkan lauk-lauk..bagi makan..bagi minum..tak kire kecik ke besar ke korang semua dapat makan..sedap ke tak ke semua nak makan..ketupat..lemang..kuih..semua nak sumbat...


tapi bila masa dah habis makan korang buat apa?terus pergi ke ruang tamu tinggalkan pinggan mangkuk yang kotor dekat meja makan tu?atau korang tolong angkat pinggan mangkuk tu bawak pergi sinki..ada yang lebih baik pergi tolong basuhkan..haaaa..korang rasa mana satu yang korang buat?ikut suke korang lah janji jangan nak hipokrit..




bukan apa..situasi ni aku pun alami juga...ramai orang datang beraya dirumah..saudara mara..kawan2 mak aku..saudara jauh..kadang-kadang sampai aku pun tak kenal siapa dorang..maklumlah short memory.kehkeh..tapi yang aku perasan dah puas2 makan terus balik je..bukan apa..dari aku kecik mak aku dah didik aku pergi rumah sape2 pun walaupun dapat minum kita mesti basuh sendiri pinggan atau cawan yang kita guna..


mak siap marah lagi kalau aku tak basuh pinggan aku dekat rumah tetamu..sampai ke dewasa ni walaupun mak cik tu tak bagi aku basuh aku tetap nak basuh juga..bukan ape bila tak basuh rasa tak sedap..lagi tak sedap bila adik beradik aku yang lelaki malas gile nak basuh pinggan..menyampah betul..


tak payah fikir jauh-jauh la..musim raya ni..ramai sedara-sedara aku datang..mak cik-mak cik aku sampai lah ke anak-anak buah aku yang aku tak kenal apetah lagi yang lagi tua dari aku..jadi biasa lah..datang ramai2 macam dah nak buat kenduri dah..keluarga sebelah mak dan abah aku besar jadi memang ramaaaiii sangat2..lepas makan dorang borak2..aku yang memang tak banyak cakap dengan org yang aku tak rapat diam je lah..


tbe2 aku tengok anak-anak buah (perempuan) aku datang dapur bawa semua pinggan dan cawan kotor..fuhh lega hati dorang sanggup kutip pinggan2 yang dorang semua dah guna..tapi...sekadar bawak ke dapur je lah..basuhnya tak ade..letak aje..haih~~dalam hati aku terfikir jugak..dorang ni memang tak reti nak basuh pinggan ke ape..ahh..diamkan je lah..mak bapak dorang pun tak tegur suruh tolong basuh tak kan aku pulak nak suruh..layannn je lah..


perkara yang sma juga jadi pada orang-orang yang aku tak kenal...mungkin pada korang yang biasa buat macam tu bila makan dekat rumah orang itu suatu perkara yang biasa..tapi entah..pada aku yang dah di didik dari kecil ni memang kadang2 rasa melampau pulak..ahh..manusia lain-lain kan...


aku ingat lagi masa aku diploma..aku selalu juga ikut kawan aku balik ke rumah dia..lepas makan aku basuh pinggan sendiri..mana aku boleh tolong aku tolong..sampai mak dia marah2 aku cakap aku tak payah tolong..masa jalan beraya ramai-ramai pun aku buat benda yang sama..basuh pinggan sendiri..tolong kemas meja lepas makan..sampai lepas minggu tu aku dengar cerita orang cakap aku ni buat-buat baik depan mak ayah kawan-kawan aku semua..sabar je lah..




jadi..korang-korang ni tau kan ni musim raya..jalan-jalan pergi beraya ramai2 memang seronok..tapi lepas makan tu tolong lah ye kemas kan ke..basuhkan pinggan..korang tau kan mak cik-mak cik tu penat memasak untuk korang..lepas makan tak kan lah basuh pinggan pun tak boleh..didik lah diri sendiri kalau mak korang tak pernah tegur korang pasal ni...tak kira lah rumah tu ada maid ke tak korang tolong je lah...maid tu pun penat nak sediakan macam-macam untuk korang..dia pun manusia..tahu erti penat...


aku harap entry aku ni boleh la membuka mata para gadis ke mak budak ke untuk amalkan...kalau kita tolong orang nanti orang pun akan tolong kita..tak salah bukan...selamat hari raya..maaf zahir dan batin...


assalamualaikum...

Friday, August 26, 2011

dah nak sebulan..tapi baru hari ni aku rasa nak nangis~

assalamulaikum...
dah nak sebulan baru hari ini aku rasa nak nangis..in fact subuh tadi aku dah mula menangis...i guess what i has put it back had been came out..i cant stand the pain of being cheated by someone that we love anymore..even i have forgive the wrong doing it self..


actually aku nangis pun bila aku dengar lagu beribu sesalan from jaclyn victor,ning baizura and shila amzah..their voice is so powerful and really like merintih sedih sangat..and the lyric has a very deep meaning of a women that had been cheated from a man..

assalamualaikum...

Friday, August 19, 2011

perbincangan aku dan dia (hubungan retak menanti belah)

assalamualaikum...


sambungan entri tentang hubungan aku...




erm..adalah dalam seminggu lebih aku dan dia berbincang..mostly ayat yang sama akan keluar..nak dan tak nak..itu je..selebihnya aku dan dia bincang kenapa..bagaimana..dan mengapa dia boleh buat keputusan macam tu..


kenapa..?
sebab mak budak perempuan itu adalah mak angkatnya..jadi mak angkat dia hendak dia tolong bimbing anak perempuan mak cik ni supaya tidak lagi terjerumus dalam kancah sejarah hitam budak itu..supaya tidak depress..supaya kembali ke jalan Allah swt..( harap anda faham..saya tidak boleh cerita sejarah hitam budak itu)


bagaimana..?
disebabkan dia alim dan banyak mendalami agama islam..bekas pelajar tahfiz and so on dia kena lah banyak membantu budak perempuan itu muhasabah diri..


mengapa?
katanya kerana budi daripada mak angkatnya terhadap dia..kerana budi dia terpaksa mengikut kata orang tua itu..kerana budi ustaz mad (kawan dan guru ceramah agama) pun menasihatkan dia supaya dia membimbing budak perempuan itu..jadi kerana budi lah dia terpaksa meniyakan sahaja..kerana ingin menegakkan agama islam lah dia ingin membantu budak perempuan itu..


kenapa berlarutan hingga menjadi teruk?


kata dia..semuanya bermula di hospital..dia membahasakan dirinya walid kepada seorang bayi yang tidak tahu apa2..dan budak perempuan itu mengelarkan dirinya ummi..semenjak itu mereka mengunakan walid dan ummi..( *pengsan kejap)..


kata dia lama kelamaan budak perempuan itu makin mahu mendekatkan diri kepada dia..apabila budak perempuan itu tahu dia sudah ada aku  budak perempuan itu mengugut untuk membunuh diri..jadi dia takut jika budak perempuan itu benar2 melakukan perkara tersebut..maka dia terus mendiamkan diri..


katanya lagi..dia menyesal kerana tidak menegakkan tentang hubungan kami..salah dia kerana mendiamkan diri..akhirnya dia berbincang dengan budak perempuan itu..dia kata dia tetap sayangkan aku..hendak kan aku..dan cintakan aku..tetapi budak perempuan itu tidak mahu menerima hakikat..budak perempuan itu menyuruh dia memilih antara aku atau dia..

dan menurut kata dia..dia telah memilih aku.dan dia juga telah berjumpa dgn mak angkatnya dan menerangkan tentang perkara ini..dia tidak mahu ank perempuannya terus menganggu hubugan dia dan aku..


aku pula semasa mendengar ceritanya hanya mendiamkan diri...kini sudah 19 hari..aku sudah pun memaafkan dia..pada aku tidak guna aku marah atau pun bersedih..jika ini takdir allah biarkan lah..kini aku dan dia masih berhubung seperti biasa..mungkin dari dulu aku memang mudah berkawan dengan bekas kekasih aku..jika tidak boleh berkasih tidak salah untuk berkawan seperti biasa..tanpa beban..kadang-kadang terasa janggal..tetapi semuanya telah berlaku..






aku bersyukur kerana perkara ini terjadi di bulan puasa..aku dapat bersabar tanpa hasutan syaitan..aku tenang apabila semuanya terjadi..syukur alhamdulillah..
assalamualaikum..



Wednesday, August 10, 2011

seorang lagi umat islam yang lahir ke dunia

assalamualaikum....


seorang lagi umat islam yang lahir ke dunia..dalam pukul 9 pagi tadi along aku selamat menjalani pembedahan untuk melahirkan anaknya yang ke-empat..hehe..disebabkan baby tersebut tidak cukup bulan..baru 8 bulan lebih je doktor terpaksa keluarkan dia kerana air ketuban kakak aku sikit..takut makanan tak sampai pada baby..


oleh kerana takut pergerakkan baby makin lemah doktor pun suruh kakak aku menjalani pembedahan untuk mengeluarkan bayinya...ghee..dan keputusannya..


jeng jeng jeng...


comel gila anak buah baru aku!!kecik je badannya...geram aku tengok..rase mcm nak picit-picit je..meh tengok gambar dia...







Friday, August 5, 2011

hubungan yang retak menanti belah....

assalamulaikum...


hubungan kami dah retak...semuanya bermula pada 1 ramadhan..apa yang aku temui amat mengejutkan aku...si dia ada awek lain selain aku...hancur luluh hati aku bila membaca tentang benda tersebut...aku lihat msg di facebook..menangis aku...sampai hati dia buat macam ni... siap berbahasakan ummi dan walid..


july 29...hari tu aku sibuk sangat-sangat...mana taknya mak aku hendak buat kenduri pada 30hb...jadi aku kena lah tolong-tolong apa yang patut..patut lah dia marah...dia cakap aku bz..tapi aku suro dia rehat sebab dia baru lepas berubat..lepas itu langsung kami tak msg..rupanya perempuan lain yang dia msg..perempuan lain yang dia rindu..perempuan lain yang dia sayang..walaupun pada 9hb ini genap setahun hubungan kami..tapi macam tak ada pape pun...


ye aku tau aku tak se-alim dia...dia dah jumpa perempuan yang sesuai untuk dia..tapi apa gunanya aku ini...selepas sahur aku msg dia..suruh dia terus terang..lama-lama dia mengaku..dan apa yang dikatakan amat melukakan..


" abg memang sukakan dia, lama dah, sebelum kenal ayg lagi..abg mintaa satu je..tak boleh berdamai ke dengan dia?"


" abg nak dia..abg nak ayg..kita bukan kahwin lagi..positif lah syg"


"ayg cuba lah berkongsi..ayg syg abg..dia syg abg..abg syg semua"


"ayg jujur la..stay dgn abg..abg janji berlaku adil k"
ya Allah....sedihnya aku...akhirnya aku membuat keputusan untuk memutuskan hubungan kami...aku bukan perempuan yang lemah mahupun kuat..tapi aku tau bila masanya untuk bertindak secara matang...pada aku..jika dia suka perempuan itu pergi lah..tak ada maknanya untuk teruskan hubungan ini lagi..


tidak sampai 24jam..aku terkejut lagi...
terdiam aku....terus aku tulis dekat wall fb dia...
dalam hati aku...wow....perempuan ni betul2 suka bila aku minta putus...keciknya hati aku...selepas apa aku berkorban...selama 9 bulan hubungan kami akhirnya dengan seorang perempuan sahaja sekelip mata dia berubah...hari pertama dan hari kedua puasa dan seterusnya memang mencabar iman aku..

apa yang aku buat ialah berdiam diri..pada hari pertama dan kedua aku tak rasa apa-apa sampai lah seorang kawan aku ni msg aku cakap aku ni putus cinta ka tak putus cinta ke sama saja...tapi dalam hati siapa yang tau..paling aku benci apabila waktu hendak tidur..masa itu air mata jatuh mencurah-curah..puas aku pujuk hati supaya tabah..jangan lemah..

sehinnga ke hari ini..dia masih ingin kembali dengan aku..tapi entah..hati aku sudah tak rasa pape..mujur lah tak ada syaitan bulan puasa ni..tak ada lah aku meroyan ke..pergi mengamuk dekat perempuan tu ke apa..pada aku tak guna bergaduh rebutkan seorang lelaki..jika memang bukan jodoh aku dengan dia memang tak akan kemana lah..

p/s: nt aku update tentang perbincangan kami....aku tak boleh cerita tentang perempuan itu...aku tak mahu mengaibkan dia...sudah banyak kesalahan didunia dia buat..aku tak nak dia tersesat lagi..biarlah dia...

assalamualaikum...

Wednesday, July 27, 2011

inilah kisah cinta kita...tapi..adakah ia akan berakhir?

assalamualaikum...


hari ini aku nak cerita tentang kekasih hati aku..aku tak tahu nak buat ayat bermadah-madah..ayat bunga-bunga apatah lagi..tapi inilah "kisah kita"


aku ada seorang teman lelaki..nama dia norhakim bin marzuki...
kekasih hati
bila tengok wajah dia tak tahu pula datuknya cina...yela selalu anak cina plus melayu ni boleh tahan juga muka dorang..kekasih saya ni kulitnya macam orang melayu habes..hehe..tak mengutuk saja je cakap..jangan marah ye..bulan puasa ini dah nak setahun hubungan kami...wah..tak sangka lama juga kami bercouple..


dia ada ciri-ciri yang aku nak pada seorang lelaki islam..yang mengikut islam..dia sangat beriman..kadang-kadang kawan2 dia panggil dia ustaz...ada masanya aku terfikir..aku ini terus terang lah ye..aku tak seberapa alim macam dia...pada pertemuan pertama kami dushh...soalan agama yang di tanya...bukan soalan lain...  
dia: dalan surah al-fathihah ada berapa huruf?"
aku: "emmm"
dia: " dalam surah al-fathihah ada berapa kali kita kena berhenti?"
aku: " ermmmm.....(fikir2)
dia: " apa maksud surah al-fathihah tu?"
aku: " allah...(tepuk2 dahi)
tanpa rasa marah dia menerangkan semua soalan yang dia tanyakan itu..aku apa lagi terus ambil buku catit..maklum lah...cetek ilmu agama.. =.="

dulu dia kerja di melaka..jadi senanglah kami berjumpa..tak berapa lama lepas itu dia pindah ke pulau pinang untuk kerja disana..jauh..melaka dan peneng...haihh...sabar je lah...

kalau message atau call dia mesti dia tak lupa cakap "ayg dah solat? ingat sunnah allah...jangan lupakan allah..hari-hari ayg rindu abang tapi ayg rindu allah swt tak?rindu ayg pada abg mana yang lebih?pada abg atau allah...ayg kena rindu allah lebih dari rindu abg...kalau ayg tak rindu allah nanti allah marah..sama lah macam kalau abg tak rindu ayg nt ayg marah kan.."
aku diam...bila dia dah start ceramah memang kalau tak 10 - 15 min tak sah..bila aku diam je dia cakap...marah ke bila abg bebel plus ceramah? aku eh tak lah..sukaaaa...hahaha!
yela hati aku keras macam batu..kena slow-slow....

kami suka bergurau...walaupun jauh tetapi rasa macam dekat saja.." ok kita osom sapa kalah dia kena buat ok? aku fikir..macam mana nak main osom kalau on call..ok ok cepat osom..1 2 3..osoommm...hah ayg buat ape? aku..cesh..kalau bagitau mesti dia tukar jawapan dia ni..aaa...ayg buat batu!hahaha!abg buat air..ayg kalah!!" adeh..tepuk dahi aku...

kalau aku dengan dia entah kenapa mesti aku jujur...kalau kami berborak dan gurau-gurau mesti dia cakap "ayg tau tak kebenaran itu adalah menyakitkan? atau alah..ayg ni jujur sangat lah..cube amik hati abg sikit..ckp tak jujur ea.." hahaha!mana tak nya..bila dia tanya aku jawab lah..." abg hensem tak? aku..ermm...abg tak hensem lah...hahaha! 
dia: ayg ni jujur sangat lah!
itu lah perkara yang kami selalu bergurau...
  
hehe..itu lah kekasih hati aku...biasalah juga ada pasang surutnya hubungan kami ni...bila rasa nak bergaduh jadi lah..merajuk pun ada tapi kalau dia merajuk comel...sangat..."abg merajuk 10 minit! tak pun abg tak nak kawan ayg 5 minit" hahaha!kadang-kadang aku buat tak tahu je..nanti dia tanya..ayg tak nak pujuk abg ke?kahkahkah! bukan ape...aku suka sangat sakat dia..suka dengar dia gelak..tapi bila aku merajuk dia pun kadang-kadang tak pujuk..geram sangat..

bila bergaduh adalah tentang perkara biasa...kadang-kadang aku rasa aku ini tak sesuai untuk dia...yela..dia alim..solat tak pernah tinggal..lepas solat mesti berzikir..mengaji al-quran..dia tak kedekut..pemurah orangnya..kalau kawan-kawan susah dia tolong..walaupun dia sendiri pun tak berapa nak senang...dalam seminggu 2 3 kali pergi jumpa ustaz mad..ustad mad ni cikgu sekolah...ajar agama pada anak murid...rupa-rupanya teman lelaki aku pun tolong ustaz tu ajar anak murid dia..tolong buatkan soalan peperiksaan..tolong tanda kertas jawapan...

apa-apa tentang agama laju saja dia tolong...sampai kadang-kadang aku pun tak faham...balik rumah 3 4 pagi semata-mata dengar ustaz mad berceramah..mengajar agama kepada dia...perempuan biasalah...nak perhatian..tapi bila dia dah sibuk macam tu aku pun tak ganggu dia..tapi kadang-kadang ganggu lah...hehe..

tapi baru-baru ini perangai dia sedikit berubah...sibuk sangat...tiba-tiba dia kata dia tak sesuai untuk aku..."abg ni kerja tak besar..belajar tak tinggi macam ayg..abg takut abg sygkan ayg lebih dari Allah swt..." aku mula lah tacing bagai...mula lah fikir bukan-bukan..dia ni dah ada awek lain ke...itu lah ini lah...

sampai lah 2 hari lepas...sedang kami on call..tiba-tiba dia cakap dengan kawan dia..." weyh jangan hempap belakang aku..aku sakit ni...kencing berdarah..buah pinggang aku dah tak berapa elok.." aku terus terdiam...dalam hati berdebar-debar...dia seperti tersedar yang dia sedang on call dengan aku..terus ditanya aku "ayg tak dengar kan tadi" aku terus tanya pada dia..apa yang aku dengar tadi betul ke tidak...

bukan apa..kekasih hati aku ni orangnya besar...jadi aku risau ada apa-apa yang tak diceritakan kepada aku...selepas itu baru lah dia mengaku..katanya dia tak sampai hati nak bagitahu aku...sebab itu dia saja nak buat aku sedih..sakit hati..dia kata dah lama dia sakit macam itu..kencingnya keluar darah...sakit sangat...hendak berjalan kadang-kadang pun tak boleh...buah pinggang dia dah rosak...makin lama dia rasa makin dekat dengan Allah...sebelum dia pergi dia nak lepaskan semuanya termasuklah hendak lepas kan aku pergi...

dalam sedu tangisannya dia berkata "ayg cari lah lelaki lain...cari lah yang berpaksikan agama islam kita..cari yang beriman supaya dia boleh membimbing ayg...abg tak tahu berapa lama lagi masa yang abg ada...kalau abg pergi jangan menangis ye syg..." 

aku pun menangis...dalam hidup aku itu lah tangisan yang paling teruk..tersedu-sedu aku..termasuk hari ini sudah 3 hari aku menangis..hati aku sedih bila mendengar suaranya menahan sakit.."ya Allah...sembuhkanlah dia...jauhkan lah dia dari penyakit berbahaya...panjangkanlah umurnya..." aminnnn...ya rabbal alamin...