Pages

Wednesday, November 9, 2011

bersubahat....hmmm

assalamualaikum...

Sifat tolong menolong di antara satu sama lain memanglah digalakkan oleh Islam dengan syarat ianya di dalam perkara kebajikan dan ketaqwaan, bukannya di dalam perkara dosa dan maksiat. Firman Allah Ta'ala :

Tafsirnya : " Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan permusuhan." ( Surah al-Mai'idah : 2 )

Adapun bertolong-tolongan di dalam perkara dosa dan maksiat bukan sahaja dilarang, bahkan Islam memerintahkan setiap orang Islam itu diperintahkan membanteras akan segala kemungkaran mengikut kemampuan masing-masing, sama ada dengan kekuatan tangan (kekuasaan), dengan lidah (nasihat) dan yang sekurang-kurangnya dengan hati iaitu dengan membencinya. Ini jelas sebagaimana hadis yang diriwayatkan daripada Abu Sa'id al-Khudri, dia berkata :
Maksudnya : "Aku mendengar Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda "Sesiapa di antara kamu yang melihat kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya, jika sekiranya dia tiada berkuasa, maka hendaklah dia mengubahnya dengan lidahnya, jika sekiranya dia tiada juga berkuasa, maka hendaklah dia mengubahnya dengan hatinya, dan yang demikian itu (iaitu mengubah dengan hatinya ) adalah selemah-lemah iman."
*****
bersubahat itu salah ye kawan2..berdose..tak kire lah dose kering ke dosa basah ke ia tetap perkara yang tidak digalakkan...aku tau..korang mesti pernah bersubahat kan..jangan tipu lah tak pernah..ce cube fikir balik...
*****
situasi 1: masa kecik-kecik

kawan: woi mat jom pergi kedai beli ais krim..!
kaw: aiskrim???wahhh..jom-jom!woi belanja lah aku...
kawan: hohoho boleh je...
kaw: mana kaw dapat duit?kaw tipu ah
kawan: aku curi duit syiling mak aku atas peti sejuk ah!jom lah
kaw: ehh yeke..dosa tau mencuri..
kawan: ish kaw ni..diam-diam sudah lah...

haaa...adik-adik...nampak tak tu..itu bersubahat namanye...dosa tau...

situasi 2: masa remaja

kawan: weyh jom pergi belakang sekolah..
kaw: ish nak buat ape dohh pergi belakang sekolah..takut kot..
kawan: eh kaw ni..tempat tu lah port baikkk punyeee
kaw: port baik untuk ape brooooooooo
kawan: untuk hisap lah..ahak..ahak..
kaw: uishh...tak nak lah nanti pengawas tangkap baru tau
kawan: ah kaw ni diam-diam je lah jangan lah hisap bising-bising..kecoh ah
kaw: ok lah..aku ikot..

haaa..ni lagi satu..eh..sebelum tu..jangan fikir kuning ye..hisap tu..hisap rokok ye..kang tak pasal-pasal kena banned..haha!

situasi: zaman dewasa

kawan: piahh...tolong lah...aku sayanggg sangat dekat si polan tu...aku sedih bila si polan tak layan aku..
kaw: sabar lah peah...kaw berdoa lah..jangan lah sedih-sedih...
kawan: piahh...aku nak pergi pahang jumpa si polan..aku nak minta dia terima aku balik..
kaw: ish kaw nak pergi ni ada duit tak..dia nak jumpa kaw ke...
kawan: aku tak tau lah piah..aku redah je...
kaw: kalau macam tu ikot kaw lah peahhh..jumpa lah dia..

haaa..ni bersubahat dalam diam..mungkin korang cakap ok lah kawan mcm tu..tapi sedar tak korang..if jadi pape dekat kawan korang tu siapa yang bertangungjawab..parents dia tak tau..haaa..korang pulak yang bagi sokongan..ape cer..bersubahat nama nya..kalau accident ke..masuk hospital ke..kawan buat kerja gila ke..nanti silap-silap polis yang cari korang...

ye kadang-kadang kita pun tak sedar yang kita sedang bersubahat..lagi-lagi biila kita tau kawan kita buat perkara yang salah dari segi agama contohnya membawa lelaki masuk kedalam rumah..berpeluk-pelukkan..kita nampak dengan mata kepala kita sendiri..tapi kenapa kita tak tegur dia??

sebab...dia tu kawan kita..jadi kita pulak sebagai kawan mesti membantu dan menyokong kawan-kawan kita..tapi salahkan...ada yang tak sanggup nak report kepada pihak atasan kerana apa?kerana tak mahu kawan itu menderita..tapi ada tak kawan kaw tu fikir pasal mak abah dia yang dekat kampung sebelum buat perkara yang tak senonoh tu?
wallahualam....
assalamualaikum semua...papai

0 comments: