Pages

Sunday, November 14, 2010

rintihan seorang ibu....(kisah benar yang ditulis mak aku)

assalamualaikum...

rintihan seorang ibu....ibu,mama,mak,mummy,mami ke ape je panggilan korang kt mak korang itu lah mak kita yang melahirkan kita dan membesarkan kita...bak kate orang mak boleh jage 10 orang anak die dari kecik sampai besar..tapi anak tak tentu boleh jaga ibu dia macam tuh kan...kalau ade..syukur sejuk perut ibu itu..anak itu mesti anak yang soleh..anak yang betul2 bersyukur pada ibu bapa dia..kalau tak soleh mane pun..mesti anak itu sedar pengorbanan ibu bapa dia kan..

kisah yang aku nak bagi korang baca nie adalah rintihan para ibu yang risau akan anak2 mereka..ini ditulis oleh mak aku sendiri yang mendengar luahan ibu2 tersebut...dengarkanlah....(sambil tulis ini lagu ayah dan ibu sedang dimainkan di radio era...sobs..)

*********************


Hati ku terasa amat sedih kali ini.Aku kerumah sahabat handai menjemput ke majlis perkahwinan anak ku,yg akan berlangsung pada 11.12.2010 ini.Aku telah menemui seorang jiran yg tinggal tidak berapa jauh dari rumah ku,kami jarang2 berkomunikasi sebabnya dia terlalu sibuk.Dia seorang yang warak.Bekas seorang qariah,bila sekali2 aku berjogging dihadapan rumahnya aku akan berbual seketika bertanya khabar.

Tapi kali ini ketika aku kerumahnya dia telah menceritakan  kisahnya.Dia cukup risau dng anak lelakinya.Puas dia nasihati anaknya tapi tak didengarinya.Anaknya selalu keluar malam dan balek pagi.Tidak bekerja pulak.Tiap2 malam dia terjaga dri tidur tengok anaknya tak balek lagi.Sehingga sekarang ni.Katanya dia sentiasa berdoa kepada Allah supaya memberikan taufik dan hidayah kepada anaknya.

Ibunya pagi mengajar mengaji dan di waktu petang pula mengajar di sekolah pemulihan akhlak.Dia mengatakan kepada aku,bahawa dia kesana sini menasihati pelajar2 supaya balek kepangkal jalan,solat dan lain2 lagi.Tapi dirumahnya anak2nya tak tentu arah.Sepatutnya anak2nya boleh memberikan contoh yg elok tapi sebaliknya.Aku menasihatinya dan anggaplah ini sebagai dugaan dari Allah.

Ibu yg kedua pula lagi sedih.Ceritanya agak serupa dengan pertama tadi.Anak2nya tak mendengar kata dan malas2 belaka.Tak mau belajar dan bekerja.Ibunya sangat kecewa dng perangai anak2nya.Dia berpesan seandainya dia meninggal dunia cepat2 lah kebumikannya.Tak kira siang atau malam,tak payah tunggu anaknya balek dari jauh.Disegerakan saja.Padanya tak ada maknanya lagi untuk anak2nya melihatnya kali terakhir.Aku tanya mengapa.Di jawapnya anak2 tak pernah nak mendengar nasihat2nya.Dia takut nanti anaknya akan menyesal seumur hidup.Aku cukup sedih.

 **************
sayu hati mak aku mendengar luahan hati kawan2 dia...aku pulak..kisah kedua tuh lebih kepada family aku...bukan membuka pekung didada..aku tahu mak abah aku risau tgok adik2 laki aku..

aku ade 9 orang adik beradik ..5 perempuan dan 4 lelaki..yang perempuan semua insyaAllah kuat belajar..memang degil terutama aku lah degil nak mampus.. yang lelaki angah aku je yang berkerja..abg dan adik lelaki aku yg laen tuh macam malas nak belajar..aaa..aku pu kadang2 pening gak..geram pun ade..yang perempuan sibuk2 nak belajar yang lelaki malas pulak...kawan2 aku kate biase lah lelaki dorang memang macam tuh..tapi...aku tetap nak dorang sambung belajar...kalau tak pergi lah cari keje..dari duduk kt uma nie maen Dota je..tenet 24 jam...

mak aku cakap mungkin dah biasa mak abah tanggung...duduk rumah semua ade yedak..mintak aje semua dapat...ahh..lemas2..lemas dan tak faham dengan perangai orang lelaki nie...

pape pun aku berharap jugak korang menghargai mak abah korang...jaga lah hati mereka..jangan sampai mak abah cakap nak mati tak payah tunggu sape balik lah..ape lah..mak abah kita lah yang patut kita jaga...

nota kaki: sedih aku baca kisah yang mak aku tuliskan itu...jaga lah ibu bapa korang sementara mereka masih ade di dunia nie...

love u mak and abah!!thank you for everything...


assalamualaikum..

4 comments:

safiyyah osman said...

anak lelaki nih nak jaga susah bab attitude jala kan..adik laki aku pun pemalas belajar...yang taw minta moto..haha..tpi disebabkan mak ayah problem..now dia dah pikir sendiri..dah kerja n tgh tunggu nak sambung...

apa apa pun..kita yang degil nih la yang salu tlg mak ayah..hihih

~mAsItAh fUaAd~ said...

hehe...tu lah...adik aku depan lappy jek...ahh.semak je aku tgok

insyaAllah aku tolong mak abah tapi aku baru je abes final sem..tak tau nak cari keje ape weyy..hehe

izulman said...

Anak yg tk kenang budi kene selalu doakan.. kalau tk sedar gk, sumpah jadi batu, they deserve it. kesian mak ayah besarkan kita :(

ordinary89art said...

sayu sngt2 ble bacer..best...pilu...i'll tke cre of my parents! tq


nice blog!