Pages

Thursday, November 4, 2010

saat ku kehilangan kawan baik (1)

assalamualaikum...


maaf sebab dah lame tak update blog ini...sibuk dengan final exam..final exam untuk final sem..maknanya kalau tak ada apa-apa halangan insyaAllah aku akan grad bulan 6 ini..so...doakan aku lah ye kawan2..


dugaan masa final sem...ini lah yang sedang melanda diri aku sebenarnya...dulu aku selalu dengar lecturer aku cakap..masa awak mula2 awal sem memang lah awak terlepas dari masalah...kalau allah nak tunjuk kat awak masa final sem nanti macam2 dugaan awak kene hadapi....senang cakap aku mungkin tidak dapat grad bersama2 dengan kawan sekelas aku...


apa dugaan yang aku maksud kan?hurm..biar lah aku simpan dulu...ibarat membuka pekung didada...malu pun ada...sedih pun ada..cuma kesan daripada dugaan yang aku lalui sekarang ialah aku dah kehilangan kawan baik...



sesiapa yang mengenali aku mungkin tahu siapa kawan baik aku itu...mungkin sebab ini juga tidak ada istilah kawan baik dalam hidup aku lagi selepas ini kerana dulu aku beranggapan bahawa kawan baik itu akan selalu berdiri di sebelah kita bila kita dilanda kesusahan..kawan baik itu akan selalu menyokong apa yang kita buat dan kawan baik itu akan memberi nasihat dan teguran kalau sesuatu yang kita buat itu salah...


tapi sekarang..bila dugaan ini datang...kenapa kawan baik itu pergi meningalkan aku keseorangan...mengapa kawan baik itu tidak menyatakan hal sebenar kepada mereka yang berkenaan?kenapa kawan baik itu buat aku begini dan kenapa kawan baik itu ibarat lupa kata2 sayangnya kepada ku bila aku dalam kesenangan...bila aku dalam kesusahan mengapa kawan baik itu pergi meningalkan aku dan tidak berdiri untuk membantu ku...


apa kaw dah lupa siapakah kawan yang selalu berdiri di sebelah mu?adakah kaw lupa siapakah kawan yang kaw selalu cakap "i love u! tapi aku amat susa untuk membalasnya semula?dan apakah kaw lupa apabila kaw sakit dan kaw tidak faham akan sesuatu siapa yang engkau cari?


maaf kawan...aku bukan mengungkit..cuma aku sedih kerana kaw tinggal kan aku macam itu sahaja...bukan kau tahu perangai aku ini bagaimana...sudah berapa lama kita berkawan? adakah kaw percaya dengan dakwaan yang dikenakan kepada aku?adakah kaw sedar kita berada di situasi yang sama?sedarkah engkau ketika mereka2 datang engkau ada bersama dengan ku?adakah engkau lupa apa yang kita berdua lakukan bersama sampai engkau pandang aku dengan pandangan yang jijik seperti aku benar2 lakukannya?




wahai kawan...saat aku kesusahan engkau pergi meninggalkan aku...kenapa?adakah engkau malu dengan ku?adakah aku bersalah dalam hal ini?tidak kah engkau sedar itu adalah satu tuduhan..tapi kawan...mengapa engkau sanggup menukar keterangan kau dan kenapa engkau tidak berterus terang kepada ibu bapa mu?


kini....ibu bapa mu pun memandangku dengan jijik...puaskah hati kau kerana tidak menceritakan kisah sebenar kepada mereka?siapakah aku dimata mu kawan...aku hanya manusia biasa...yang di pilih oleh allah untuk merasa dugaan hebat sebegini...jangan kau ingat aku marah dengan kau kawan..tidak..aku tidak sesekali marah kepada engkau..kerana aku tahu..jika kau ceritakan perkara sebenar kepada kedua ibu bapa mu kau takut dimarahi kan? kaw takut untuk menanggung bersama2 dengan ku dugaan ini...


disaat ini....aku merenung kembali kenangan kita berdua...adakah ini pengakhirnya dikala di akhir sem ini...sampai disini kah persahabatan kita?
jika itu kemahuan mu kawan...aku doakan agar kau bahagia dimasa akan datang..insyaAllah aku akan berusaha kuat untuk menegakkan keadilan..luaran aku nampak kuat..tapi dalaman tiada siapa yang tahu...


nota kaki: kini aku kehilangan..AKU TIDAK BERSALAH....silent...::


assalamualaikum...





18 comments:

fathiah said...

woh2
nape weyh?
sedey je ni...
;(

~mAsItAh fUaAd~ said...

takde pape la......

areleaf said...

ah sudah..ape kes plak ni?sape buat lu?

Anonymous said...

kaw memanjang ade masalah nan kwn kaw kn...

farahh said...

sayam, spe buat ni?? kawan mne ni?? nk gua anta saka tak?? gua ade lebih ni.

~mAsItAh fUaAd~ said...

saka....lu nie seram lah farah..
anon: yup aku mmg selalu ade masalah dgn kawan aku...tapi kawan2 laen aku tak amik kesah sgt..tapi kawan baik aku kesah...sbb aku syg..kawan yg laen aku syg tapi ade beza kan kawan biase gan kawan baek...paham?


tibe2 rase fames sbb ade anon komen..ahh sengal

aleeya hos punya said...

just let it go. nis pernah kena dulu macam ni tapi kitorang go on sbg kawan walaupun pernah jg putus kawan. just for a while. tak sampai sebulan dia datang cari nis balik. dan this relationship still go on sampai sekarang. kalau family nis tau nis still kawan dgn dia, I'll be dead meat.

Raybond said...

what epen??hurm..
betol ke kawan baik cam2??

let it go.. be strong.. fokus pada exam.. :)

Blog Johari Hamzah | Bukan Sekadar Catatan

izulman said...

People come n go, n thats when u realise who yr truly frens really are.

Setiap org ade pengalaman ni, ade hikmahnya mas, i mean, s/he left u, n u become stronger from this experience, u work hard for yr dream, at the end of the day, u will gain sumthing that will make u happy believe me.

Mase tu, then when u realise, thanks for the dramatic downturn I went through, it's the turning point for me to be better, to raise my life above the normal standard.

Sllu tabah, kita tau siapa kita, org2x yg betul2x kawan kita tau siapa kita. Live with it, n prove to those who dont believe in you, that u can do better n one day they will regret it.

Smile :)

~mAsItAh fUaAd~ said...

erm..i try to be strong....but sometimes....i feel like im alone...i have my family but then..that fren is my best fren..i just hurt...so much hurt...i wanna be strong!!

el-burn insane said...

sabar k ? tuhan tak uji kalau kita tak mampu :)

~mAsItAh fUaAd~ said...

erm.....kadang2 rase mmg tak mampu

Da LovaC said...

oowh..all the best.

~mAsItAh fUaAd~ said...

da lovac....thanks jengah...erm..i'll try my best...thanks

syAzAnA said...

ayam syg. erm, berat sungguh dugaan kau nie. time2 mcm nie lah dugaan nak dtg kat kau. erm, bagi aku kawn kau tu sorang yg agak pengecut. sorilah aku ckp mcm nie sal kwn kau. erm, kau xyah risau. lau kau yakin, kau berada di pihak yg benar, kau akan okay. kawan boleh dicari. jgn risau. kau akan ketemu kwn yg akan memahami kau. skrang just focus more on exam okay syg.

love you ayam. wee~

ps; sori. lambat komen.

~mAsItAh fUaAd~ said...

entah lah syaz..biarlah..die tak bersalah...

aku tau kaw bz nak final kan..aku dah abes final..gyhahaha

/Dayah//Nurul/ said...

bersabarlah ok sahabat. Allah nak uji tu ujian kamu, kuatkn iman, usaha belajar sungguh-sungguh.
kamu boleh buat nt :)

dansa said...

sabar ea mkcik...=(