Pages

Thursday, September 15, 2011

Mane aku menghilang? (11 sept 2011)



Assalamualaikum…

Mana aku menghilang dah lame tak update blog ni kan..ghee..sebenarnya hari ini dah start kelas..aku nak bagitau korang ni aku dah duduk rumah sewa..!ghee..last sem aku duduk rumah je..yela..belajar dkt Melaka..rumah pun dekat Melaka..ghee..untung kan..ramai tanya aku kenape duduk rumah sewa lak ni kan..dah la rumah dekat je..

Yela aku tengok jadual aku this sem semua balik petang..tak petang malam..alahai..pointer aku last sem pun teruk jugak kan..bak kate lecturer biasa lah budak account memang pointer tak berapa nak tinggi sbb semua subject tuff…duhhh…memang tuff pun…tension je aku bile tengok jadual..kehkeh

Jadi! Mak aku suruh aku duduk rumah sewa lah..kebetulan pulak uitm bandaraya Melaka ni erkk…salah2…sebelah kampus aku ni ada buat apartment yang kononnya uitm bandaraya Melaka nak beli untuk jadikan kolej budak perempuan and kolej budak perempuan yg lama tu jadi kolej budak lelaki..alkisahnye lah…

tapi…bila seminggu dua sebelum kelas start dengar lah ura-ura yang bangunan apartment yang baru dibina tu bukan uitm punye..meaning orang lain yang beli..pihak yayasan Melaka lah yang beli and nak sewakan pada student2 uitm lah kn..jadi banggunan tu tak jadi lah kolej..dgn itu tak ada rules mcm kolej uitm yang biasa lah kan..kehkehkeh…jeng jeng jeng…
apartment yayasan melaka
bile semua student dgr je tak ada rule mcm kolej yg lain kemain lagi ramai yg nak sewa..satu sem RM700..one month 150..ada 16 tingkat..satu tingkat ada 8 rumah..satu rumah 5 bilik jadi ada 10 orang lah ada 3 toilet and 2 shower..fuhh…siapa yang tak nak rumah sblh kampus je…so mak aku last minit pun ckp suruh aku sewa dkt situ..procedure nak sewa tuh xpyh ckp lah..kang pnjg lak cite..

setakat 3 hari menetap ni aku kenal roommate aku je lah..housemate semua aku tak kenal..salah aku jugak tak bertegur dgn housemate yang lain..pemalu tahap gaban..tu yang payah tu..sabar je lah…kalau dah segan tu memang duduk diam berkurung dlm bilik je lah..gile ke tak gile tu..

sejak duduk rumah sewa ni aku tak boleh nak on9…yela bukan ade wifi pun dkt sini..nak tak nak kne beli broadband lah..ppffff…tak pernah2 gune berukband dah terpakse guna…nanti bile dah dpt berukband aku update lah entry ni…
assalamualaikum

Monday, September 5, 2011

Pemilihan Pasangan Dalam Pembentukan Bait Muslim

assalamualaikum....
sejak akhir-akhir ini aku lihat banyak antara isu yang dibincang oleh kawan- kawan aku atau rakan-rakan di fesbuk tentang hubungan mereka..ada yang tanya dah sedia nak kahwin ke belum..apa yang aku copy ( ye mengaku copy paste) dari forum i luv islam ni korang buat lah rujukkan..baik lelaki atau pun wanita baca lah..pilih pasangan berdasarkan agama islam..insyaAllah..

Noktah bidayah (permulaan) bagi keluarga Islam tidak hanya bermula dengan perkahwinan tetapi ianya bermula sebelum pasangan mendirikan rumahtangga lagi. Tuntutan mencari dan memilih pasangan hidup amat ditekankan oleh Rasulullah SAW demi memastikan kita melahirkan zuriat yang terpelihara, soleh dan solehah.

Baginda SAW telah bersabda :
"Pilihlah tempat untuk kamu letakkan mani kamu" (Riwayat Ibnu Majah) .

Tidak salah sewaktu kita sibuk belajar kita mengambil peluang mencari pasangan hidup tetapi hendaklah mengikut syara'. Sekiranya kita menjalinkan hubungan cinta untuk berseronok dan memuaskan nafsu semata-mata maka itu adalah haram hukumnya. Namun hubungan yang dibentuk untuk bersatu dalam membentuk rumahtangga maka ia adalah harus, tetapi hendaklah menjaga batas-batas yang digariskan oleh syariat.

Mencari pasangan pada usia yang terlalu muda tidaklah sesuai sekiranya masih lambat untuk mendrikan rumahtangga. Bimbang hubungan yang terjalin antara lelaki dan perempuan tidak mampu dikawal dan terjerumus ke lembah maksiat. Firman Allah Taala :

" Dan janganlah kamu menghampiri zina, Sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)." (surah isra' ayat : 32 )

Kita bukan sahaja dilarang mendekati zina tetapi segala bentuk perbuatan yang mendorong berlakunya zina.

Sebelum mencari pasangan, perlu kita tahu apakah ciri-ciri pasangan yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW agar terjamin pilihan kita adalah pilihan yang tepat dalam menjana keluarga bahagia.

Bab pemilihan pasangan ini kami bahagikan kepada beberapa fasa, iaitu :

I- Asas pertimbangan memilih calon isteri mengikut pandangan syara'
II- Sifat perempuan yang dilarang untuk dikahwini.
III- Hak perempuan dalam memilih pasangan
IV- Ciri-ciri lelaki yang disukai wanita
V- Ciri-ciri wanita yang disukai lelaki
VI- Istikharoh.

I – Asas Pertimbangan Memilih Calon Isteri mengikut Pandangan Syara'

a) Perempuan yang Beragama
Islam tidak menyekat fitrah keinginan manusia dalam memilih pasangan hidup. Kebiasaannya lelaki cenderung memilih wanita yang cantik, manakala wanita lebih gemar memilih lelaki yang berpangkat dan berharta bagi jaminan kestabilan ekonomi dalam keluarga.

Namun dalam membuat pilihan, Nabi SAW mengingatkan kepada kita semua bahawa ciri-ciri yang dikehendaki oleh naluri insan itu hendaklah tidak mengenepikan ciri yang paling penting iaitu beragama.

Hadis Baginda SAW yang berbunyi :

maksudnya : " Wanita itu dinikahi kerana empat perkara : hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah olehmu orang-orang yang mempunyai agama nescaya kamu akan berbahagia " (Muttafaq A'laih : Riwayat Bukhari)

Daripada hadis tersebut kita dapat simpulkan bahawa secara umumnya lelaki mengawini perempuan berdasarkan empat perkara iaitu harta, kecantikan, keturunan dan agama. Maka Rasulullah menganjurkan agar faktor agama menjadi syarat utama dalam pemilihan pasangan.

Terdapat khilaf ulama' dalam menafsirkan 'taribat yadaka' ("melekat debu di tangan engkau"). Mengikut ibnu Hajar al-Asqalani 'Taribat yadaka' membawa kepada makna 'fakir'. Ini juga pendapat Abu Ubaid yang dinukilkan oleh Ibnu Manzur dalam kitabnya Lisanul Arab. Lafaz ini adalah berbentuk sindiran (kinayah) yang mana Rasulullah SAW mendoakan kefakiran terhadap lelaki yang mengawini wanita tanpa berdasarkan agama, dengan mengutamakan faktor kecantikan, kekayaan atau nasab semata-mata. Ini menunjukkan ketegasan Rasulullah SAW menyuruh lelaki menitikberatkan faktor agama dalam pemilihan isteri.

Sebaliknya ada yang berpendapat ianya bukanlah doa, tetapi lafaz biasa bagi orang arab dengan tidak bertujuan doa. Mengikut Ibnu Arabi lafaz 'taribat yadaka' membawa maksud 'kaya' (beruntunglah engkau). Beruntung atau bahagia di sini merujuk kepada pemilihan perempuan yang beragama sebagai isteri.

Biar apa pun khilaf di kalangan ulama' dalam menafisrkan kalimah 'taribat yadaka', namun semuanya membawa kepada penekanan pemilihan calon isteri yang patuh kepada agama. Hadis ini membawa dua wajah samada "beruntung atau berbahagia bagi sesiapa yang mengawini perempuan yang beragama" atau "akan menjadi fakir (malang) bagi lelaki yang mengawini perempuan yang tidak mempunyai agama".

Walaupun hadis ini memfokuskan kepada ciri-ciri pemilihan isteri, namun sama halnya juga dengan pemilihan suami.

Maksud beragama yang ditekankan oleh Rasulullah SAW ini bukanlah bererti perempuan yang belajar bidang agama (ustazah) semata-mata. Sebaliknya erti perempuan yang beragama itu ialah wanita yang memiliki akidah yang teguh dan penghayatan Islam yang mantap dalam kehidupannya. Tidak kira apa jua bidang yang diceburi. Faktor agama ini penting kerana ianya :

Ø melahirkan isteri solehah yang bertaqwa.
Ø senang ditarbiah
Ø mentaati segala perintah suami.
Ø menjaga kehormatan diri dan harta suami walaupun suaminya tiada di sisinya
Ø mengetahui hak suami dan dapat melaksanakan kewajipan dengan sempurna.
Ø Mampu melayan suami dengan baik
Ø Bersabar dan redha dengan kesusahan hidup
Ø Menolong suami dalam mentaati Allah dan Rasul.
Ø Mampu menegakan keimanan suami
Ø Dapat mentarbiah anak dengan ajaran Islam yang sebenar

Alangkah bagusnya andai agama digabungjalin dengan setiap ciri bagi calon isteri, agama dengan harta, agama dengan kecantikan dan agama dengan keturunan. Maka terhimpunlah segala kebaikan pada seorang isteri.

Perempuan beragama yang kaya tidak menimbulkan rasa tamak suami malah menanam sifat qana'ah.

Perempuan beragama yang cantik tidak melaghakan suami daripada mentaati perintah dan larangan Allah.

Perempuan beragama yang berketurunan mulia tidak menjadikan suaminya sombong dan bongkak malah menanam rasa syukur dan tawadhu'.

Perempuan yang miskin, kurang cantik dan tidak berpangkat tetapi beragama lebih baik daripada perempuan yang tidak beragama walaupun cantik, kaya, dan berstatus tinggi.

Mungkin seorang lelaki mengahwini perempuan yang kaya kerana dikelabui dengan harta. Dia menyangka perempuan tersebut dapat menanggung sendiri perbelanjaannya di samping dia boleh menumpang kemewahan tersebut tanpa berpenat lelah mencari nafkah. Namun kemewahan bukanlah jaminan kesejahteraan bahkan mengundang malapetaka . Cuba kita fikir sejenak :

Tidakkah harta yang dimiliki akan hilang sedikit demi sedikit atau sekaligus akibat bencana atau sebagainya? Akhirnya harta hilang cinta pun melayang kerana harta yang dinikahi bukan perempuan.

Bagaimana pula sekiranya berlaku konflik rumahtangga, maka perempuan itu menjadi bakhil dengan hartanya, mengungkit-ngungkit kembali perbelanjaannya dan merendahkan status suami. Sebaliknya pula isteri terpaksa menderita gara-gara suami merampas hartanya dengan rakus.

perempuan yang kaya kebiasaanya akan meletakkan mahar yang tinggi bagi menjaga status. Mampukah suami yang kurang berada menanggung bebanan mahar ini?

Mampukah perempuan yang kebiasannya hidup dalam keadaan mewah menanggung kesusahan kehidupan apabila berlaku kegawatan ekonomi keluarga? Mungkin ada, tatpi tidak ramai.

Samalah juga dengan mengawini perempuan kerana kecantikan semata-mata. Kecantikan tidak kekal lama. Apabila kecantikan sudah hilang hatipun merasa tawar, cinta pun terkubur. Mulalah lelaki itu pasang niat untuk mencari gadis yang lain .

Maka bertepatanlah Rasulullah SAW melarang seorang lelaki mengawini perempuan kerana kecantikan dan harta tanpa mengutamakan agama . Sabda Rasulullah SAW dalam menyatakan larangan tersebut :

"Janganlah kamu mengawini wanita-wanita kerana kecantikan kerana kemungkinan kecantikan itu memburukkan kehidupan. Janganlah mengawini mereka kerana harta , kerana kemungkinan harta itu menyebabkan kezaliman mereka. Tetapi kahwinilah mereka atas dasar agama. Seorang hamba sahaya yang hitam, berbibir tebal yang beragama adalah lebih baik " (Diriwayatkan oleh Ibn Majah)



assalamualaikum...

Sunday, September 4, 2011

nak tegur tentang adab lepas makan di rumah orang

assalamualaikum....


rasanya belum terlambat lagi nak wish selamat hari raya maaf zahir dan batin kepasa semua pembaca blog ni..tak kira lah anda follower atau skodeng2 punye reader tak kisah lah...maaf jika selama ini ada diantara entry aku yang menyingung perasaan korang ke ampun lah ye..


entry kali ni hmm tak tahu lah..nak kate luah perasaan pun boleh nak kata tegur pun boleh..ok macam ni ceritanya...korang pergi beraya kan dekat rumah orang atau rumah sedara-sedara korang..seronok mak cik korang semua hidangkan lauk-lauk..bagi makan..bagi minum..tak kire kecik ke besar ke korang semua dapat makan..sedap ke tak ke semua nak makan..ketupat..lemang..kuih..semua nak sumbat...


tapi bila masa dah habis makan korang buat apa?terus pergi ke ruang tamu tinggalkan pinggan mangkuk yang kotor dekat meja makan tu?atau korang tolong angkat pinggan mangkuk tu bawak pergi sinki..ada yang lebih baik pergi tolong basuhkan..haaaa..korang rasa mana satu yang korang buat?ikut suke korang lah janji jangan nak hipokrit..




bukan apa..situasi ni aku pun alami juga...ramai orang datang beraya dirumah..saudara mara..kawan2 mak aku..saudara jauh..kadang-kadang sampai aku pun tak kenal siapa dorang..maklumlah short memory.kehkeh..tapi yang aku perasan dah puas2 makan terus balik je..bukan apa..dari aku kecik mak aku dah didik aku pergi rumah sape2 pun walaupun dapat minum kita mesti basuh sendiri pinggan atau cawan yang kita guna..


mak siap marah lagi kalau aku tak basuh pinggan aku dekat rumah tetamu..sampai ke dewasa ni walaupun mak cik tu tak bagi aku basuh aku tetap nak basuh juga..bukan ape bila tak basuh rasa tak sedap..lagi tak sedap bila adik beradik aku yang lelaki malas gile nak basuh pinggan..menyampah betul..


tak payah fikir jauh-jauh la..musim raya ni..ramai sedara-sedara aku datang..mak cik-mak cik aku sampai lah ke anak-anak buah aku yang aku tak kenal apetah lagi yang lagi tua dari aku..jadi biasa lah..datang ramai2 macam dah nak buat kenduri dah..keluarga sebelah mak dan abah aku besar jadi memang ramaaaiii sangat2..lepas makan dorang borak2..aku yang memang tak banyak cakap dengan org yang aku tak rapat diam je lah..


tbe2 aku tengok anak-anak buah (perempuan) aku datang dapur bawa semua pinggan dan cawan kotor..fuhh lega hati dorang sanggup kutip pinggan2 yang dorang semua dah guna..tapi...sekadar bawak ke dapur je lah..basuhnya tak ade..letak aje..haih~~dalam hati aku terfikir jugak..dorang ni memang tak reti nak basuh pinggan ke ape..ahh..diamkan je lah..mak bapak dorang pun tak tegur suruh tolong basuh tak kan aku pulak nak suruh..layannn je lah..


perkara yang sma juga jadi pada orang-orang yang aku tak kenal...mungkin pada korang yang biasa buat macam tu bila makan dekat rumah orang itu suatu perkara yang biasa..tapi entah..pada aku yang dah di didik dari kecil ni memang kadang2 rasa melampau pulak..ahh..manusia lain-lain kan...


aku ingat lagi masa aku diploma..aku selalu juga ikut kawan aku balik ke rumah dia..lepas makan aku basuh pinggan sendiri..mana aku boleh tolong aku tolong..sampai mak dia marah2 aku cakap aku tak payah tolong..masa jalan beraya ramai-ramai pun aku buat benda yang sama..basuh pinggan sendiri..tolong kemas meja lepas makan..sampai lepas minggu tu aku dengar cerita orang cakap aku ni buat-buat baik depan mak ayah kawan-kawan aku semua..sabar je lah..




jadi..korang-korang ni tau kan ni musim raya..jalan-jalan pergi beraya ramai2 memang seronok..tapi lepas makan tu tolong lah ye kemas kan ke..basuhkan pinggan..korang tau kan mak cik-mak cik tu penat memasak untuk korang..lepas makan tak kan lah basuh pinggan pun tak boleh..didik lah diri sendiri kalau mak korang tak pernah tegur korang pasal ni...tak kira lah rumah tu ada maid ke tak korang tolong je lah...maid tu pun penat nak sediakan macam-macam untuk korang..dia pun manusia..tahu erti penat...


aku harap entry aku ni boleh la membuka mata para gadis ke mak budak ke untuk amalkan...kalau kita tolong orang nanti orang pun akan tolong kita..tak salah bukan...selamat hari raya..maaf zahir dan batin...


assalamualaikum...