Pages

Friday, August 26, 2011

dah nak sebulan..tapi baru hari ni aku rasa nak nangis~

assalamulaikum...
dah nak sebulan baru hari ini aku rasa nak nangis..in fact subuh tadi aku dah mula menangis...i guess what i has put it back had been came out..i cant stand the pain of being cheated by someone that we love anymore..even i have forgive the wrong doing it self..


actually aku nangis pun bila aku dengar lagu beribu sesalan from jaclyn victor,ning baizura and shila amzah..their voice is so powerful and really like merintih sedih sangat..and the lyric has a very deep meaning of a women that had been cheated from a man..

assalamualaikum...

Friday, August 19, 2011

perbincangan aku dan dia (hubungan retak menanti belah)

assalamualaikum...


sambungan entri tentang hubungan aku...




erm..adalah dalam seminggu lebih aku dan dia berbincang..mostly ayat yang sama akan keluar..nak dan tak nak..itu je..selebihnya aku dan dia bincang kenapa..bagaimana..dan mengapa dia boleh buat keputusan macam tu..


kenapa..?
sebab mak budak perempuan itu adalah mak angkatnya..jadi mak angkat dia hendak dia tolong bimbing anak perempuan mak cik ni supaya tidak lagi terjerumus dalam kancah sejarah hitam budak itu..supaya tidak depress..supaya kembali ke jalan Allah swt..( harap anda faham..saya tidak boleh cerita sejarah hitam budak itu)


bagaimana..?
disebabkan dia alim dan banyak mendalami agama islam..bekas pelajar tahfiz and so on dia kena lah banyak membantu budak perempuan itu muhasabah diri..


mengapa?
katanya kerana budi daripada mak angkatnya terhadap dia..kerana budi dia terpaksa mengikut kata orang tua itu..kerana budi ustaz mad (kawan dan guru ceramah agama) pun menasihatkan dia supaya dia membimbing budak perempuan itu..jadi kerana budi lah dia terpaksa meniyakan sahaja..kerana ingin menegakkan agama islam lah dia ingin membantu budak perempuan itu..


kenapa berlarutan hingga menjadi teruk?


kata dia..semuanya bermula di hospital..dia membahasakan dirinya walid kepada seorang bayi yang tidak tahu apa2..dan budak perempuan itu mengelarkan dirinya ummi..semenjak itu mereka mengunakan walid dan ummi..( *pengsan kejap)..


kata dia lama kelamaan budak perempuan itu makin mahu mendekatkan diri kepada dia..apabila budak perempuan itu tahu dia sudah ada aku  budak perempuan itu mengugut untuk membunuh diri..jadi dia takut jika budak perempuan itu benar2 melakukan perkara tersebut..maka dia terus mendiamkan diri..


katanya lagi..dia menyesal kerana tidak menegakkan tentang hubungan kami..salah dia kerana mendiamkan diri..akhirnya dia berbincang dengan budak perempuan itu..dia kata dia tetap sayangkan aku..hendak kan aku..dan cintakan aku..tetapi budak perempuan itu tidak mahu menerima hakikat..budak perempuan itu menyuruh dia memilih antara aku atau dia..

dan menurut kata dia..dia telah memilih aku.dan dia juga telah berjumpa dgn mak angkatnya dan menerangkan tentang perkara ini..dia tidak mahu ank perempuannya terus menganggu hubugan dia dan aku..


aku pula semasa mendengar ceritanya hanya mendiamkan diri...kini sudah 19 hari..aku sudah pun memaafkan dia..pada aku tidak guna aku marah atau pun bersedih..jika ini takdir allah biarkan lah..kini aku dan dia masih berhubung seperti biasa..mungkin dari dulu aku memang mudah berkawan dengan bekas kekasih aku..jika tidak boleh berkasih tidak salah untuk berkawan seperti biasa..tanpa beban..kadang-kadang terasa janggal..tetapi semuanya telah berlaku..






aku bersyukur kerana perkara ini terjadi di bulan puasa..aku dapat bersabar tanpa hasutan syaitan..aku tenang apabila semuanya terjadi..syukur alhamdulillah..
assalamualaikum..



Wednesday, August 10, 2011

seorang lagi umat islam yang lahir ke dunia

assalamualaikum....


seorang lagi umat islam yang lahir ke dunia..dalam pukul 9 pagi tadi along aku selamat menjalani pembedahan untuk melahirkan anaknya yang ke-empat..hehe..disebabkan baby tersebut tidak cukup bulan..baru 8 bulan lebih je doktor terpaksa keluarkan dia kerana air ketuban kakak aku sikit..takut makanan tak sampai pada baby..


oleh kerana takut pergerakkan baby makin lemah doktor pun suruh kakak aku menjalani pembedahan untuk mengeluarkan bayinya...ghee..dan keputusannya..


jeng jeng jeng...


comel gila anak buah baru aku!!kecik je badannya...geram aku tengok..rase mcm nak picit-picit je..meh tengok gambar dia...







Friday, August 5, 2011

hubungan yang retak menanti belah....

assalamulaikum...


hubungan kami dah retak...semuanya bermula pada 1 ramadhan..apa yang aku temui amat mengejutkan aku...si dia ada awek lain selain aku...hancur luluh hati aku bila membaca tentang benda tersebut...aku lihat msg di facebook..menangis aku...sampai hati dia buat macam ni... siap berbahasakan ummi dan walid..


july 29...hari tu aku sibuk sangat-sangat...mana taknya mak aku hendak buat kenduri pada 30hb...jadi aku kena lah tolong-tolong apa yang patut..patut lah dia marah...dia cakap aku bz..tapi aku suro dia rehat sebab dia baru lepas berubat..lepas itu langsung kami tak msg..rupanya perempuan lain yang dia msg..perempuan lain yang dia rindu..perempuan lain yang dia sayang..walaupun pada 9hb ini genap setahun hubungan kami..tapi macam tak ada pape pun...


ye aku tau aku tak se-alim dia...dia dah jumpa perempuan yang sesuai untuk dia..tapi apa gunanya aku ini...selepas sahur aku msg dia..suruh dia terus terang..lama-lama dia mengaku..dan apa yang dikatakan amat melukakan..


" abg memang sukakan dia, lama dah, sebelum kenal ayg lagi..abg mintaa satu je..tak boleh berdamai ke dengan dia?"


" abg nak dia..abg nak ayg..kita bukan kahwin lagi..positif lah syg"


"ayg cuba lah berkongsi..ayg syg abg..dia syg abg..abg syg semua"


"ayg jujur la..stay dgn abg..abg janji berlaku adil k"
ya Allah....sedihnya aku...akhirnya aku membuat keputusan untuk memutuskan hubungan kami...aku bukan perempuan yang lemah mahupun kuat..tapi aku tau bila masanya untuk bertindak secara matang...pada aku..jika dia suka perempuan itu pergi lah..tak ada maknanya untuk teruskan hubungan ini lagi..


tidak sampai 24jam..aku terkejut lagi...
terdiam aku....terus aku tulis dekat wall fb dia...
dalam hati aku...wow....perempuan ni betul2 suka bila aku minta putus...keciknya hati aku...selepas apa aku berkorban...selama 9 bulan hubungan kami akhirnya dengan seorang perempuan sahaja sekelip mata dia berubah...hari pertama dan hari kedua puasa dan seterusnya memang mencabar iman aku..

apa yang aku buat ialah berdiam diri..pada hari pertama dan kedua aku tak rasa apa-apa sampai lah seorang kawan aku ni msg aku cakap aku ni putus cinta ka tak putus cinta ke sama saja...tapi dalam hati siapa yang tau..paling aku benci apabila waktu hendak tidur..masa itu air mata jatuh mencurah-curah..puas aku pujuk hati supaya tabah..jangan lemah..

sehinnga ke hari ini..dia masih ingin kembali dengan aku..tapi entah..hati aku sudah tak rasa pape..mujur lah tak ada syaitan bulan puasa ni..tak ada lah aku meroyan ke..pergi mengamuk dekat perempuan tu ke apa..pada aku tak guna bergaduh rebutkan seorang lelaki..jika memang bukan jodoh aku dengan dia memang tak akan kemana lah..

p/s: nt aku update tentang perbincangan kami....aku tak boleh cerita tentang perempuan itu...aku tak mahu mengaibkan dia...sudah banyak kesalahan didunia dia buat..aku tak nak dia tersesat lagi..biarlah dia...

assalamualaikum...