Pages

Friday, June 10, 2011

perjalanan seorang anak gadis ke langkawi 1#

asssalamualaikum...




esok adalah hari penentuan...sebab apa??sebab esok dengan beraninya saya akan menaiki bas ke kedah dari melaka seorang diri..dan pada keesokkan harinya saya akan ke LANGKAWI!!yeahhh!!


akhirnya...saya dapat pergi travel sorang2...wahh...tapi sebenarnya....aku jarang naik bas pergi mana2...kalau tak pergi dengan parent je..lebih selamat bukan..bila dah happy2 nak g jalan sorang2..risau pulak..bila buka internet pak cik google keluarkan banyak berita pasal bas accident...demm...kecut perut...sebab tu lah parent aku jaranggg kasi anak2 dia naik bas pergi mana2...kecuali bas domestik tuh tak kesah lah..hehe..


huhu...sebenarnye..ni pengalaman aku yang ke....tiga naik bas...yang pertama masa malam lepas dapat result SPM 5 tahun lalu..malam itu jugak aku terus naik bas dari melaka ke ipoh perak..sebab ape?sebab parent aku ade dekat sane.holiday + abah ada meeting...jadi...terpaksa naik sorang2..ketaq lutut...second time tu bulan lepas naik bas pergi seremban..but still..cuak...sebab kat tiket no seat ada dalam bas xde lak..ape lagi main duduk je ah..doa lah tak kena halau..huhuhu...


and esok adalah third time...yeahh!!tapi aku pergi langkawi sebab nak pergi rumah abang aku...dia kerja dekat hotel berjaya langkawi sebagai manager ape ntah...so..sebabkan dia busy dia suro aku pergi sana temankan kakak ipar aku..pergi esok tapi nak balik ke melaka tuh tak tau lah bila...hehe...seminggu atau dua minggu ke..baru aku balik ke melaka..kehkeh


okeyh lah korang...aku nak pergi pack baju2..tak tau nak bawak beg ape.huhu..sabar je lah...doakan aku selamat pergi and selamat balik ye...hehe..assalamualaikum...



Sunday, June 5, 2011

"hobi masa lapang saya ialah melakukan hubungan seks"

assalamualaikum...

hobi saya ialah mengadakan hubungan seks...huuuu..sila mengucap...ni la tajuk berita di metro yang aku baca..

KUALA LUMPUR: Pengajaran dan peringatan buat ibu bapa apabila seorang gadis mengaku melakukan hubungan seks sehingga lima kali seminggu dengan teman lelaki seusia di rumah kedua-dua keluarga mereka ketika masing-masing baru berusia 14 tahun.

Menurut gadis berasal dari Pantai Timur itu, kali pertama dia melakukan seks di rumah teman lelaki seusia dengannya dan sejak itu sering melakukannya apabila ada kesempatan. Lebih mengejutkan, Azy, kini berusia 16 tahun, mengaku pernah ‘tidur’ dengan lapan lelaki sepanjang dua tahun terbabit dalam hubungan terlarang itu.

“Lokasinya juga tidak tentu. Oleh kerana saya tinggal berdua di rumah nenek, ada masanya saya bawa teman lelaki pulang atau melakukannya di rumah teman lelaki apabila ibu bapanya tiada,” katanya ketika ditemui Metro Ahad.
“Dalam seminggu, boleh dikatakan empat hingga lima kali saya melakukan hubungan seks dengannya.

Azy berkata, sejak mengenali seks pada usia 14 tahun, lapan lelaki ditiduri untuk memuaskan nafsunya. Katanya, sebagai pelajar yang sering ponteng dan melepak bersama rakan, bertukar teman lelaki adalah kebiasaan.

“Bila sudah tidak suka teman lelaki pada masa itu, saya cari yang lain dan tak susah mendapat teman baru. “Cukup dengan menawarkan diri untuk ditiduri, senang-senang saya dapat teman baru,” katanya yang melahirkan anak tidak sah taraf, baru-baru ini.

Walaupun sering bertukar pasangan dan melakukannya dengan rakan rapat lain, Azy mengakui tidak pernah hamil anak luar nikah, dan ini kali pertama dia mengandung hasil hubungan dengan teman lelakinya yang tinggal berjiran.

“Sejak pertama kali tahu mengenai seks, kami tidak pernah guna kondom atau pil pencegah hamil. Saya juga tidak pernah terfikir akan hamil kerana hanya tahu seronok melakukannya,” katanya.

Menurut Azy, sebelum disahkan mengandung, ibu bapanya tidak tahu dia terbabit dalam gejala sosial dan antara pelajar bermasalah di sekolah. Katanya, oleh kerana melakukannya bersama rakan lain, setiap perbuatan dilaporkan berjaya dirahsiakan daripada pengetahuan keluarga. “Biasanya, bila saya ditahan polis seperti bergaduh atau cikgu mengadu kepada ibu bapa... kawan menjadi penyelamat.

“Saya dan rakan berpakat untuk mereka cerita lain hinggalah ibu bapa kami percaya kami tidak bersalah. Sama seperti bila ditahan kerana bergaduh, kami berpakat bahawa kami bergaduh untuk mempertahankan rakan yang dibuli pelajar lain,” katanya. Menurut Azy, dia disahkan hamil ketika pemeriksaan di klinik selepas neneknya mengadu mengenai perbezaan bentuk tubuhnya kepada ibunya.

“Sebenarnya, keluarga tak tahu saya terbabit dalam perlakuan tidak bermoral kerana di rumah, saya lebih banyak mendiamkan diri dan membantu keluarga bila disuruh melakukan kerja rumah. “Semua perkara buruk itu saya buat bila ponteng sekolah dan keluar pada waktu malam,” katanya.

Mengakui terkenal sebagai antara pelajar bermasalah kerana kerap ponteng dan bergaduh hingga beberapa kali ditahan polis, Azy turut mengakui sering bersembang dan menonton cerita lucah dengan rakan lain.

“Asalnya, saya bersama teman lelaki dan rakan hanya bersembang mengenai perkara lucah. Namun, lama-kelamaan ia bertukar menjadi tabiat.

“Ada antara kami mengaku pernah melakukan seks dan mengajak rakan lain mencubanya. Bermula daripada situ, kami belajar mengenai seks selain kerap bertukar video lucah,” katanya.

Laili Qalid (bukan nama sebenar), 20, pula tidak menyangka akan hamil selepas kali pertama melakukan hubungan terlarang dengan teman lelaki.
Dia yang juga berasal dari Pantai Timur melahirkan anak di rumah teman lelakinya di ibu negara tanpa diketahui ahli keluarga lain.

Bagaimanapun, bayi pasangan itu berjaya diselamatkan selepas beberapa jiran yang terdengar jeritan bayi menghubungi ambulans yang terpaksa memecah masuk rumah berkenaan bagi menyelamatkan bayi terbabit.

“Saya hampir tidak sedarkan diri ketika itu dan hanya melihat teman lelaki menyambut kelahiran bayi kami, malah dia tidak ubah seperti bidan sebelum memotong tali pusat bayi. “Hanya Tuhan tahu perasaan saya ketika itu kerana nyawa bagai di hujung tanduk, maklumlah hanya kami di situ dan tiada pengalaman menyambut kelahiran.

“Saya tidak sangka keseronokan sementara yang diperoleh ketika melakukan hubungan terlarang, walaupun hanya sekali, bakal membawa derita sepanjang hidup, malah kami mungkin tidak disatukan kerana mendapat tentangan keluarga,” katanya yang melahirkan anak, 24 April lalu.
                                         ******************

ermm..apa nak jadi dengan budak zaman sekarang ni...nak salah kan ibu bapa pun tak boleh..kalau dah anak mereka yang membuat onar...hari tu kes adindaevans..sekarang ni kes budak-budak ni...umur pun sama je..

adik-adik sekalian..dah terang-terangan dalam agama haramm berzina..aku un tak pernah rasa dik oi...tunggu kahwin je ni..tu pun ntah bila nak kahwin..kaw boleh buat benda berdosa macam tu sebagai hobi...perghh..tercabar akak dik oii...agak-agak lah dik..malu akak baca berita macam ni...nanti semua lelaki fikir semua perempuan tak ada dara lagi..macam mana akak nak kahwin macam ni dik oi....

eh!lebih lak aku..kehkeh!hadoi..pening fikir masalah-masalah macam ni...orang muda darah muda memang tak sabar..tapi...kalau kita tak tetapkan iman dihati benda- benda macam ni memang senang nak jadi..jadi sebelum buat apa-apa perbuatan tu..sila lah fikir mak abah dekat rumah..fikir dosa pahala..banyak kah kita pahala dari dosa atau sebaliknya...

renung-renungkan dan selamat beramal...

assalamualaikum...

Thursday, June 2, 2011

gambar muka zaman batu aku...

assalamualaikum...


gambar muka zaman batu aku...kahkah!adehh..beberapa minggu yang lepas..erkk..lupa lah bila...kawan aku dari sekolah rendah plus sekolah menengah buat aku terkejut beruk...kawan aku (azrin) tag gambar aku masa aku sekolah rendah..ya allah..........punya lah terkejut aku...haha!


but seriously...aku sebenarnya dah lupa sangat macam mana kehidupan masa aku sekolah rendah..bila tengok gambar-gambar tu semua serious tak ingat..dan dah tak kenal...hanya segelintir je yang aku kenal..entah kenapa otak aku ni boleh tak ingat..haih...so bila dah kena tag baru lah jumpa balik kawan-kawan sekolah rendah aku..tengok gambar masa kecik2 dah tak ingat inikan masa dah besar..


dah lama kami tak berhubung..maklumlah..zaman 1996-2001 mana ada budak2 sekolah guna handphone kan...bukan macam budak2 zaman sekarang ni..semua ada..sampai salah guna kemudahan yang diberi..ish2...eh!berbalik kepada cerita aku tu...dulu sebelum habis sekolah mesti lah kalau budak2 perempuan ada buku 555 atau buku diary kecik....pergi dekat sorang2 kawan minta nama alamat biodata mcm2 lah kan..hahaha!aku pun tergolong ye..harap maklum...tapi hampeh semua dah hilang..mana ntah buku2 tu pergi..


kenangan aku dengan kawan2 aku dulu yang aku ingat...erm..kena rotan dengan cikgu azlina cikgu BM aku..sebab markah teruk dari yg dia target..so berapa kurang dari target tu itu lah jumlah kena rotan..gila kan...kalau 20 markah hilang..20 kali kena rotan..budak-budak zaman aku lasak2..kena rotan boleh senyum..padahal berapi tangan..memang terbaik....hahaha!


pape pun mereka-mereka dah plan nak buat reunion...jalan2 makan2 having fun..cuma tunggu je lah bila..harap2 aku dapat ingat lagi nama mereka2 yang aku dah lupe...hopefully...hehe... 


hah..nak tengok tak gambar aku masa sekolah rendah...


AMARAN: sebelum anda lihat gambar tersebut sila duduk di lantai..kerana khuatir anda akan jatuh tergolek2 sambil mengelakkan gambar saya..kehkehkeh..


yg dalam bulatan merah itu aku







kesimpulannya....
1. tudung aku tak boleh belahh...........hahaha!aku rasa gambar2 ni semua masa darjah 5 atau 6 lah..masa tu baru belajar pakai tudung..

2. kulit aku cerah sikit dari sekarang yang agak gelap..atau amatttt gelap..hahaha!

3. dulu aku kurus dari sekarang yang dah banyak lemak di merata badan...ahaks

4. ape buruk gile muka aku..aku pun tak tau...

p/s: hehe..kelakar gila tengok gambar dulu-dulu..tak ingat lak..dulu-dulu dah ada orang guna kamera..lagi-lagi budak-budak zaman kami ni hah...hehe..

siapa-siapa rasa nam mengutuk atau memuji which is memang tak lah nak puji tu ples drop your comment...hahaha!

assalamualaikum semua.....