Pages

Monday, March 28, 2011

tak tahu lak mak aku suke menulis....(entry mak versi 1)

assalamualaikum...

tak tahu mak sendiri suka menulis??ape kejadah punye anak lah kan...eipp..jangan nak kutuk lebih-lebih..cuma mak aku tak ade blog..kalau ada..memang hari- hari agaknye dia update..aku saje busy memanjang..oleh kerana nak menghargai penulisan mak aku..dia setakat post kt notes facebook dia je..so aku sebagai anak akan update sikit dalam blog aku ni..tak salah rasanya up kan mak aku punye penulisan..(lebih kepada luahan hati sebenarnya) ghee...ini lah hasil luahan perasaan mak aku..
jeng jeng jeng...this is my mom


Cabaran dan Dugaan
by Hajah Embok Chik Abu on Sunday, February 6, 2011 at 9:21pm



Petang tadi aku sempat berbual2 dengan jiran dikebun ku,dia seorang yang baik hati,hari ini dia telah meruntuhkan 6 busut.Tak tau lah busut jantan ke busut betina.Di kebun ku ada banyak busut.Kata orang kalau ada busut adalah ulau.Jadi aku mengupahnya meruntuhkan semua busut2 dalam kebun ku.Buat masa ni belum ada lagi ulau yang keluar.Selepas diruntuhkan busut tu dia akan menaburka garam kasau disekeliling busut itu,Yang ada didalam busut tu ialah sarang anai2 saja.Tapi pernah satu ketika dulu aku menyuruh JCB meruntuh kan busut,dalamnya banyak telur,mungkin telur ulau kot.Hai selisih malaikat jangan lah jumpa ulau.

Katanya baru2 ini budak2 kompang terjumpa ulau sawa sedang menyeberang jalan,mereka memanggil bomba menangkapnya.Ini tak berapa jauh dari kebun.Dah lah tu ditempat yang sama ulau dah ada dibawah katil rumahnya,Mungkin dia tinggal di kawasan sarangnya tak.Katanya lagi ulau aktif diwaktu malam.Wah lagi menakutkan,dia juga menceritakan pasal pontianak de bam de bam.Dia mengatakan dikawasan mana tempat yg keras.Baru ni dia mencabar pontianak dekat rumahnya.Tengah malam dimengilai2 dibelakang rumah.Dia pun keluar dengan membawa parang pendek.Dia pun mencantas dan menebang serumpun pokok2 pisang sebab bunyinya dari situ.Sejak dari hari tu dah tak ada kedengaran bunyi puntianak lagi.Esok pagi isteri nya menanya kenapa pokok pisang habis ditebang.dia cuma mendiamkan diri.

Pernah satu tengah malam katanya,malam tu terasa panas jadi dia pun duduk diluar pondok saudaranya,saudaranya membela rusa,tiba satu lembaga besar berdiri dihadapanya.Dia tersentak dan minta maaf pada lembaga tu.Tapi katanya dikawasan pondok ku tak ada apa2.Tapi aku menceritakan padanya ,ipar ku pernah bercerita pada ku satu ketika dulu dia memajak durian dikebun ku.Waktu malam sedang dia mencari durian dia pernah ternampak hantu cina,memakai topi besau dan memikul perandau dekat dengan pokok nibong.Katanya memang benar.dikawasa ku dijaga olih jin islam dan di tanah sebelah dijaga oleh orang cina.Bermakna betul lah cerita yang abang iparku ceritakan.Ku sangkakan dia menakut2kan aku.Dia juga mencerita dikebun datuk dia ,tiba2 dia tengok api besar membarak dikebun atoknya,dia pun pergi tengok ketika tu tengah malam.Tiba seorang tua menanya nya kenapa kau datang kesini,dan dia jawap ini kebun datuk saya,saya nampak api tadi tiba hilang saja orang tua ni.

Tapi dah dua tahun aku mendirikan pondok dan dah beberapa kali bermalam disitu bersama anak menantu, tak apa pun.Kalau dah malam tu aku rasa juga takut,cuba nak dengar ada tak punyi pontianak mengilai.Aku tidur2 ayam,tapi cucuku nyenyak tidur tak ada apa2 pun.Aku mengamalkan surah2 yg tertentu.InsyaAllah kita dilindongi.Aku cuma menganggap bahawa dia pun mahluk Allah.Tawakal lah.


maaf lah mak aku memang gne bahasa baku plus melaka punya ejaan..ghee...
p/s: kelakar jugak baca mak aku punye...

assalamualaikum


2 comments:

brader kemal said...

kirim salam sayang kat mak lu... bahasa melaka kuat betui..kehkeh

~mAsItAh fUaAd~ said...

dem betei!!!