Pages

Saturday, May 14, 2011

mari2 ke homestay sri vanilla!!

assalamualaikum.....


homestay sri vanilla??wahh.....entry promote ke ni?erkk..boleh dikatakan lah....kehkeh...



ALAMILAH PERCUTIAN YANG MENYERONOKKAN DENGAN SUASANA PERKAMPUNGAN DAN PANORAMA ALAM SEMULAJADI DI SRI VANILLA HOMESTAY, MERLIMAU MELAKA.

SRI VANILLA HOMESTAY menjanjikan keselesaan anda dan amat sesuai untuk penginapan keluarga yang besar. SRI VANILLA HOMESTAY yang baru siap dibina menawarkan kemudahan penginapan moden bercirikan penginapan hotel.

Keunikkan SRI VANILLA HOMESTAY adalah dikelilingi dengan dusun buah-buahan seperti durian, manggis, mangga, rambutan dan lain-lain lagi. Daya penarik homestay ini adalah pokok vanilla yang ditanam bersebelahan dengan homestay ini yang jarang ditanam oleh pekebun-pekebun kecil. Daunnya seperti daun pokok orkid akan dikeringkan dan akan dijadikan sebagai esen atau perisa vanilla. Oleh sebab keunikkan pokok vanilla ini, homestay ini telah dinamakan sebagai SRI VANILLA HOMESTAY.

Kedudukan homestay yang strategik iaitu terletak di Jalan Parit Pendekar kira-kira :-
a) 4km dari Pekan Merlimau
b) 14km dari tol Jasin
c) 30km dari Bandar Melaka
d) 5km ke Makam Tun Teja
e) 7km ke Serkam (Ikan bakar)
f) 13km ke Umbai (Ikan Bakar)
g) 23km ke Muar

Tempat-tempat menarik  :
a) MAKAM TUN TEJA : Tun Teja ialah isteri kepada Sultan Mahmud Syah (1458-1511).
b) RUMAH PENGHULU ABD GHANI :- Di bina dalam tahun 1894, satu-satu rumah asal orang Melaka.
c) MEDAN IKAN BAKAR SERKAM, UMBAI & SUNGAI DUYONG
d) PERIGI HANG TUAH
**********



ini adalah family room..

di luar rumah ada pondok

harga amat berpatutan...kalau ada sesiapa yang nak byk lagi maklumat tentang harga dan aktiviti yang disediakan  sila pergi ke laman web ini http://srivanillahomestay.wordpress.com/ dan di facebook http://www.facebook.com/pages/Sri-Vanilla-Homestay/191270470914416

sekian terima kasih...


p/s: homestay tu kepunyaan mak n ayah aku..gyhaha!baru je dibina...so sesiapa yang nak rasa hidup kt kmpung tapi secara moden sila lah lihat2 ye...





0 comments: