assalamualaikum....
ni entry bercerita..kalau aku dpt pendekkan cerita aku tu kire ok la kalau panjang korang baca je lah...hahhaha
pada hari sabtu yang lepas bersamaan 16 april 2011. aku dah classmate aku pergi ke sagil...kami dah plan nak pergi sagil ni seminggu sebelum study week lagi...so masa paling sesuai ialah hari sabtu...macam2 kami plan..haha..biasa lah kan..kami plan buat BBQ...ayam..daging..hotdog..crab bl..bihun...mcm2 lah..perghh memang sedap....
ni entry bercerita..kalau aku dpt pendekkan cerita aku tu kire ok la kalau panjang korang baca je lah...hahhaha
************
ini sebahagian dari classmate aku..ada lagi..... |
sampai di sagil kami naik di bahagian atas sekali...rasanya second paling tinggi..dengan mengangkut barang2 yang banyak akhirnya kami dapat jumpa tempat yang lapang dan luas untuk kami duduk dan membakar arang untuk BBQ..
separuh dari classmate sudah sedia hendak menolong untuk membakar dan sebahagian lagi sudah menyejukkan diri di air terjun...walaupun terdapat pencanggahan pendapat semasa membuat semua kerja itu kami dapat membakar semua ayam dan daging dengan baik...dan sedap.......itu yang penting...nyum2...
bagi mereka2 yang duduk berdekatan dengan tempat BBQ dan yang menjaga api apa sahaja yang sudah siap masak kami/mereka2 lah yang akan buat tester dulu..gyhahhaa!tapi sebenarnya semua sudah lapar...
selesai membakar kami pun makan beramai2..seronok sangat makan ramai2 dan bergembira...sudah sahaja makan aku dan kawan2 aku terus pergi menyejukkan badan setelah penat menahan bahang bara arang akibat membakar daging dan ayam..
kami memanjat lagi tinggi batu2 untuk sampai ke tempat yang tidak ramai pengunjung..boleh dikatakan agak tinggi tempat tersebut..sedang bermandi tiba2 hujan turun..tapi disebabkan kami leka dan mengangap hanya hujan renyai kami terus bermandi2..
tiga dari rakan kami telah memanjat batu2 untuk ke tempat yang lebih tinggi...biasa lah anak muda memang suka mencabar diri mereka sendiri..kata salah seorang dari mereka, mereka telah sampai hampir ke puncang air terjun itu..
tidak sampai beberapa minit selepas hujan berhenti tiba2 kami merasa air terjun seakan2 menjadi semakin deras..air yang jernih menjadi kotor..kawan aku ahmad syafiq tiba2 menjerit "cepat naik!naik!air pasang"naik semua cepat!!" apabila mendengar sahaja jeritan ahmad syafiq kami pun cepat2 panjat ke arah batu2 yang kebetulan terdapat camping side beberapa orang pengunjung disitu...
tiba-tiba kami teringat....bagaimana dengan tiga orang kawan kami yang berada diatas??NUR LIYANA..SYAZREENA DAN HADFIZ?? adakah mereka selamat??air makin lama main deras dan kotor..tempat yang kami mandi mula2 nya cetek kini menjadi tempat pusaran air yang deras..masyaAllah....takutnya kami tengok...hati kami semua risau pada kawan2 kami yang berada di atas...adakah mereka sempat melarikan diri macam kami?
ahmad syafiq mengajak kami ke tempat kami berkumpul dan kami hanya boleh berdoa kepda allah supaya selamatkan lah kawan2 kami itu..tidak sampai 10 min tiba2 muncul lah mereka bertiga...ya allah...syukur....hafidz kata mereka sempat menyelamatkan diri apabila mereka perasan ada kayu pecah di hempas air terjun itu..alhamdulillah semua selamat...
ok lah..korang tengok je lah muka2 classmate aku ok...
ini lah muke2 yang sampai sahaja terus masuk dalam air.. dan makan bila dipanggil keluar ..:p |
ini antara muka2 manusia yang lapar tahan babun..gyhahha |
apa-apa pun...kami enjoyyyyyyyy sangat.....sangat enjoy....hehe!nak pergi sagil lagi ke??hurmm...kena fikir banyak kali dulu..hehe
ok lah..assalamualaikum kawan2....
P/S: KEPADA CLASSMATE SEKALIAN...TERUTAMA HADFIZ..AKU DAH EDIT NNI...NAMA ANG DAH TERPAMPANG...GYHAHA! SILA SHARE
P/S: KEPADA CLASSMATE SEKALIAN...TERUTAMA HADFIZ..AKU DAH EDIT NNI...NAMA ANG DAH TERPAMPANG...GYHAHA! SILA SHARE