Pages

Monday, March 28, 2011

(entry versi mak 2) "semalam"

assalamualaikum...


hari ini aku sambung hasil2 penulisan mak aku lagi ye...


SEMALAM
by Hajah Embok Chik Abu on Tuesday, February 22, 2011 at 9:30pm

Hari semalam tak ada mood,letih yang amat sangat.Dikebun cuma baring saja,kepala pusing dek panas terik.Tapi terpaksa melawan juga selagi boleh.Dapat lah kemas2 di belakang rumah dan membakar.Tiba2 teringatkan kawan anak ku.Dia pandai menyemin,rajin menolong aku tak kira dikebun dan dirumah.Dia selalu datang kerumah tapi akhir2 ni dia jarang kerumah ku lagi.Ucop mendapat panggilan dari bapanya mengatakan anaknya ditangkap polis.Kesian,kes berat,susah nak tolong.Aku sangat sedih.Lusa aku akan pegi menyengah ibunya .Kesian...........



Tengah malam pulak lebih kurang pukul 12.40 aku kepenatan tiba2 terkejut mendengar suara merayu dihadapan rumahku.Kami berdua tersedar mendengar dan bergegas ketingkap dan membukanya.Rupanya jiran dihadapan rumah ku bergaduh ke atau.....ketika tu aku melihat sang suami tu berlari keluar dari rumah dan dikejar oleh isterinya.Ini isteri kedua yang baru dikahwini janda anak satu,muda lagi baru 21thn sedang suaminya dah 40an agaknya.Anak empat yg tua 17thn.Nampaknya diorang baik dengan ibu tirinya.Aku jarang berbual dengan mereka.Segan nanti katanya kita busy body.

Sambil mengendong anak kecilnya dia mengejar suaminya.Atlast dia berpatath balek dan mengambil kereta dan membawanya.Entah kemana.Anak2 isteri pertama ada didalam rumah.Aku pun menutup tingkap,mata tak boleh tidur terkenangkan nya .Kesian si isteri tu.Pagi tu aku lihat rumah dia lengang tak ada sesiapa.Apa ceritanya tak tau lah


*********
aku pun tak tahu apa2 pasal jiran depan rumah aku ni...hurmm...ini lah namenya tak kenal jiran depan dan belakang...ghee...mak aku kenal lah semua org tapi aku..haih...mcm anak dara terakhir...gyhaha

assalamualaikum...

tak tahu lak mak aku suke menulis....(entry mak versi 1)

assalamualaikum...

tak tahu mak sendiri suka menulis??ape kejadah punye anak lah kan...eipp..jangan nak kutuk lebih-lebih..cuma mak aku tak ade blog..kalau ada..memang hari- hari agaknye dia update..aku saje busy memanjang..oleh kerana nak menghargai penulisan mak aku..dia setakat post kt notes facebook dia je..so aku sebagai anak akan update sikit dalam blog aku ni..tak salah rasanya up kan mak aku punye penulisan..(lebih kepada luahan hati sebenarnya) ghee...ini lah hasil luahan perasaan mak aku..
jeng jeng jeng...this is my mom


Cabaran dan Dugaan
by Hajah Embok Chik Abu on Sunday, February 6, 2011 at 9:21pm



Petang tadi aku sempat berbual2 dengan jiran dikebun ku,dia seorang yang baik hati,hari ini dia telah meruntuhkan 6 busut.Tak tau lah busut jantan ke busut betina.Di kebun ku ada banyak busut.Kata orang kalau ada busut adalah ulau.Jadi aku mengupahnya meruntuhkan semua busut2 dalam kebun ku.Buat masa ni belum ada lagi ulau yang keluar.Selepas diruntuhkan busut tu dia akan menaburka garam kasau disekeliling busut itu,Yang ada didalam busut tu ialah sarang anai2 saja.Tapi pernah satu ketika dulu aku menyuruh JCB meruntuh kan busut,dalamnya banyak telur,mungkin telur ulau kot.Hai selisih malaikat jangan lah jumpa ulau.

Katanya baru2 ini budak2 kompang terjumpa ulau sawa sedang menyeberang jalan,mereka memanggil bomba menangkapnya.Ini tak berapa jauh dari kebun.Dah lah tu ditempat yang sama ulau dah ada dibawah katil rumahnya,Mungkin dia tinggal di kawasan sarangnya tak.Katanya lagi ulau aktif diwaktu malam.Wah lagi menakutkan,dia juga menceritakan pasal pontianak de bam de bam.Dia mengatakan dikawasan mana tempat yg keras.Baru ni dia mencabar pontianak dekat rumahnya.Tengah malam dimengilai2 dibelakang rumah.Dia pun keluar dengan membawa parang pendek.Dia pun mencantas dan menebang serumpun pokok2 pisang sebab bunyinya dari situ.Sejak dari hari tu dah tak ada kedengaran bunyi puntianak lagi.Esok pagi isteri nya menanya kenapa pokok pisang habis ditebang.dia cuma mendiamkan diri.

Pernah satu tengah malam katanya,malam tu terasa panas jadi dia pun duduk diluar pondok saudaranya,saudaranya membela rusa,tiba satu lembaga besar berdiri dihadapanya.Dia tersentak dan minta maaf pada lembaga tu.Tapi katanya dikawasan pondok ku tak ada apa2.Tapi aku menceritakan padanya ,ipar ku pernah bercerita pada ku satu ketika dulu dia memajak durian dikebun ku.Waktu malam sedang dia mencari durian dia pernah ternampak hantu cina,memakai topi besau dan memikul perandau dekat dengan pokok nibong.Katanya memang benar.dikawasa ku dijaga olih jin islam dan di tanah sebelah dijaga oleh orang cina.Bermakna betul lah cerita yang abang iparku ceritakan.Ku sangkakan dia menakut2kan aku.Dia juga mencerita dikebun datuk dia ,tiba2 dia tengok api besar membarak dikebun atoknya,dia pun pergi tengok ketika tu tengah malam.Tiba seorang tua menanya nya kenapa kau datang kesini,dan dia jawap ini kebun datuk saya,saya nampak api tadi tiba hilang saja orang tua ni.

Tapi dah dua tahun aku mendirikan pondok dan dah beberapa kali bermalam disitu bersama anak menantu, tak apa pun.Kalau dah malam tu aku rasa juga takut,cuba nak dengar ada tak punyi pontianak mengilai.Aku tidur2 ayam,tapi cucuku nyenyak tidur tak ada apa2 pun.Aku mengamalkan surah2 yg tertentu.InsyaAllah kita dilindongi.Aku cuma menganggap bahawa dia pun mahluk Allah.Tawakal lah.


maaf lah mak aku memang gne bahasa baku plus melaka punya ejaan..ghee...
p/s: kelakar jugak baca mak aku punye...

assalamualaikum


Saturday, March 19, 2011

fenomena SUPER FULL MOON pada malam ini akan membawa kepada bencana alam yang lebih dahsyat!!

assalamualaikum...
super full moon
pada malam ini akan terjadi satu fenomena SUPER FULL MOON..ianya terjadi apabila bulan berada sangat dekat dengan bumi..bulan akan mendekat ke Bumi dalam posisi terdekat dalam  18 tahun. Pada malam hari, bulan akan bersinar lebih terang dalam jarak hanya  356.577 kilometer jauhnya. Selain itu, purnama akan penuh. 

Dan, seperti diberitakan Space.com, para astrolog (bukan astronom) meramalkan hal ini akan menimbulkan kerosakan besar di planet ini.

Richard Nolle, seorang peramal mencatat dalam status astropro.com menyebut kejadian itu sebagai "Supermoon" ekstrem. Dalam keadaan ini, katanya, kekacauan akan terjadi: badai besar, gempa bumi, gunung berapi dan bencana alam lainnya akan terjadi berbarengan di Bumi.

Benarkah demikian?

Para ilmuwan telah mengkaji senario yang berkaitan selama beberapa tahun. Bahkan dalam keadaan normal, bulan cukup dekat ke bumi untuk membuat kehadirannya terasa; menyebabkan pasang surut dan aliran pasang air laut.Gravitasi Bulan bahkan dapat menyebabkan -- walau dalam skala kecil -- arus pasang di beberapa benua. Pasang surut terjadi saat purnama ketika matahari dan bulan segaris dengan bumi.

Menurut John Vidale, seorang seismolog di University of Washington di Seattle dan direktur Pacific Northwest Seismic Network, Supermoon memang menyebabkan gempa bumi. "Kita boleh melihat peningkatan yang sangat kecil dalam kegiatan tektonik ketika mereka selaras," kata Vidale pada situs Space.com.

Pada saat bulan purnama, "Anda melihat peningkatan yang kurang dari 1% aktivitas gempa bumi, dan respons yang sedikit lebih tinggi di gunung berapi."

Pengaruh pasang surut pada kegiatan seismik yang terbesar di zona subduksi seperti Pacific Northwest, di mana satu lempeng tektonik yang meluncur di bawah yang lain. William Wilcock,  seismolog di University of Washington, menjelaskan  "Ketika Anda memiliki air surut, ada sedikit air, sehingga tekanan pada dasar laut lebih kecil tekanannya, itulah yang membuat lebih mudah bagi pergeseran itu. "

Menurut Wilcock, aktivitas gempa di zona subduksi pada gelombang rendah adalah 10 % lebih tinggi dibandingkan pada waktu lain hari, tetapi ia tidak melihat ada korelasi antara aktivitas gempa dan kedekatan bulan bulan.


Percaya atau tidak, tetapi statistik menunjukkan ia adalah benar!
Fenomena yang dikenali �Supermoon�(bulan mengambang penuh) telah menyebabkan beberapa bencana yang dashyat. Antara bencana tersebut adalah:

Tsunami Meulaboh- berlaku pada 26hb Disember 2004. Ia berlaku kurang dua minggu sebelum fenomena Supermoon berlaku pada Januari 2005.

Taufan Tracy- berlaku pada 25hb Disember 1974 sehingga memusnahkan Darwin, Australia. Ia berlaku kurang beberapa hari sebelum fenomena Supermoon berlaku.

Ekoran kombinasi fenomena bulan penuh dan jarak bulan yang dekat tersebut, saintis ternama Amerika Syarikat, Richard Nolle meramalkan banyak bencana alam akan berlaku sekitar 18hb March 2011. Menurut Richard Nolle yang menamakan fenomena �Supermoon� pada 1979, jarak antara bumi dan bulan pada 18h March 2011 adalah 356,577 km.!

Ia menyebabkan bulan kelihatan cukup besar dan dianggarkan 30% sehingga 50% lebih besar daripada yang lazim dilihat apabila bulan mengambang.

Dalam sejarah, fenomena sebergini beberapa kali berlaku iaitu pada 1955, 1974, 1992, dan 2005. Keempat-empat tahun membuktikan bahawa bencana alam terbesar berlaku pada tahun tersebut.

Beberapa saintis konservatif tidak setuju dengan tanggapan bulan mempengaruhi iklim ekstrim dunia miskipun sedar bahawa bulan berpengaruh terhadap pasang-surut air di bumi.

Menurut mereka, kajian saintifik perlu untuk membuktikan bahawa bulan mempengaruhi iklim ektrem di bumi dan bukannya menganalisisnya berdasarkan statistik. Walaubagaimanapun, Richard Nolle tetap berkeras dengan teori yang dicetuskan beliau.

ape-ape pun..harap anda2 semua bersedia jika betul ade bencana alam lagi..
assalamualaikum...

Sunday, March 13, 2011

trend binatang peliharaan terbaru ialah....SUGAR GLIDER!

assalamualaikum..


hah??sugar glider??ape tu?hehe..sugar glider ialah sejenis binatang ye kawan2...sangat comel ok..sangat!!rase macam nak pijak2 je...eh??tak2..siapa2 yang suke bela hamster kalau korang tengok sugar glider ni mesti hamster tuh korang tinggalkan....



comelkan...
aku pun baru tahu pasal binatang comel dan cute ni..itu pun masa lepas kelas malam..one of my classmate huda dalam lif tiba-tiba je pegang something masa dalam lif..aku ni kalau terkejut mula ah melatah..ingat kan hamster sbb kecik je..comel gile..mata die amboi..comel! tapi disebabkan teringat kisah kene gigit gan hamster aku pun tak mau pegang..setakat usap2 jek..bulu die..haihh..lembutnye....dah ah comel..geram!
tengok tu die buat muke comel!
nak jaga sugar glider nie senang je...bagi makan buah-buahan...yup2..sebab dah name pun sugar glider kan..dorang isap gula dari buah2 yang di beri..buah paling mudah ialah apple..pas makan main2..lompat sane ni..merayau...then tdo..ghee.comel kan...

rasanya senang nak jaga sugar glider ni..sbb die mmg tak banyak kerenah..ghee...aku ade curik  amik pic sugar glider dari fb kawan aku..sila lah lihat...hahaha!

nakal kan..merayau atas badan owner die


aloh aloh...comel

sambil makan..sambil tidur..ghee.gigit kang!
baiknya tuan dia bawak dia pergi jalan2
dia pun nak karaoke lah!haha
comelkan....ghee..maka dengan itu..kepada pencinta2 binatang..sila lah tambah koleksi korang...sangat comel tau..manja..tak garang pun..tak kene gigit bagai..hehe...rasanya macam murah jek...ghee..

p/s: saya suka dengan sugar glider...tapi saya tak boleh bela..nanti mati.. =,="

assalamualaikum...







                
  
      


Saturday, March 12, 2011

gempa bumi dan tsunami di jepun..adakah itu petanda dari allah??


assalamualaikum....
pix_middle
TOKYO: Gempa paling kuat melanda Jepun semalam membentuk tsunami setinggi 10 meter dan menghanyutkan rumah serta menolak kapal ke darat.
Bencana terburuk dalam tempoh 300 tahun di Jepun itu turut mencetuskan kebakaran, termasuk di sebuah loji nuklear.
   
  • FotoMUSNAH...ada antara kenderaan awam rosak apabila terhumban ke dalam jurang akibat laluan di situ runtuh.
  • FotoTAK DAPAT DISELAMATKAN...runtuhan rumah dan kereta dihanyutkan ke laut selepas ombak besar melanda bandar Kesennuma.
  • FotoDUA KALI BENCANA...sebahagian daripada rumah di Natori terbakar selepas dilanda tsunami.
Sehingga malam tadi, sekurang-kurangnya 300 orang disenaraikan sebagai maut atau hilang akibat gempa bumi sekuat 8.9 magnitud itu. Pakar seismologi Amerika Syarikat (AS) dan Jepun berkata, kejadian semalam adalah gegaran kelima paling dahsyat di seluruh dunia sejak 1900 atau yang ketujuh dalam sejarah.


Laporan menyatakan, ombak besar tercipta di Lautan Pasifik menghanyutkan sebuah kapal Jepun membawa 100 orang. Lebih 300 rumah di bandar Ofunato turut musnah sama sekali. Ombak besar juga memusnahkan apa saja yang ada di laluannya, termasuk kapal kontena, kenderaan dan ladang.


Kerajaan berkata, gempa yang dapat dirasakan sehingga ke Beijing itu menyebabkan kerosakan besar-besaran. Di Sendai, imej televisyen menunjukkan ombak berlumpur bergerak ke darat pada kelajuan tinggi dan memusnahkan kawasan kediaman berhampiran Sungai Natori.

Pegawai kerajaan tempatan di Miyagi, Ken Hoshi berkata, dia tidak pernah melihat bencana seburuk itu. Di Tokyo, sejumlah kecederaan dilaporkan apabila bumbung bangunan dewan runtuh ketika majlis penganugerahan ijazah berlangsung.

Di ibu negara Jepun itu juga, asap dilihat berkepul-kepul di sekurang-kurangnya 10 lokasi ketika penduduknya mengalami gangguan elektrik. Pusat Amaran Tsunami Pasifik mengeluarkan amaran tsunami menyeluruh sehingga ke Amerika Selatan, New Zealand dan Hawaii, menyebabkan pihak berkuasa mengarahkan orang ramai menjauhi pantai.

Pertubuhan Palang Merah pula mengingatkan, tsunami di antara empat dan 10 meter boleh menenggelamkan sebahagian daripada pulau yang ada di laluan ombak itu. Sementara itu, kerajaan berkata, tiada sebarang kebocoran radiasi dikesan di loji nuklear di Onagawa walaupun ia terbakar.

Gempa pertama berlaku hanya kurang dari 400 meter ke timur laut Tokyo, diikuti lebih 40 gegaran susulan.
Satu daripadanya sekuat 7.1 magnitud. Seorang pegawai kerajaan tempatan di Kurihara, Miyagi, berkata gegaran itu sangat kuat sehingga pekerja di situ terpaksa berpaut untuk mengelak daripada jatuh.

“Kami tak boleh keluar dari bangunan dengan segera kerana gegaran itu berterusan,” katanya. Perdana Menteri, Naoto Kan, mengadakan mesyuarat tergempar sejurus selepas bencana itu berlaku dan kerajaan menghantar kapal tentera ke Miyagi untuk memberikan bantuan.

Gempa bumi itu berlaku pada jam 2.46 petang (1.46 petang waktu Malaysia) selama dua minit. Bencana itu turut menyebabkan indeks pasaran saham Nikkei merudum, manakala nilai mata wang yen berbanding dolar AS terjejas teruk. - AFP