Pages

Thursday, January 26, 2012

ouh berjalan je aku ni

assalmualaikum...
korang!!aku dah start cuti sem!!!hahahahahaha!gembira lah hoi..tak payah nk tidur buku makan buku lepak buku...haila..stress....

haaa aku nak cite ni..aku dekat terengganu sekarang ni yawww!!hahaha!cacatkan..ehek..melaka-terenganu 6 jam je abah aku bawak kereta..berdesupppp....hehe..esok nak pergi pahang pulak..nak pergi mengemas rumah baru kakak aku beli..

katenya rumah tu rumah banglo 5 bilik..tapi tu rumah lama..lama mcm mana aku tak tau lah..esok baru nak g tengok..jadi esok aku jadi cleaner tak bertauliah lah ye anak2..hihi..ermm..sebelum kiteorg pergi ni mak aku dah tanya ustazah ni..ustazah ni ade kelebihan sikit lah..

ustazah tu kate dekat bilik no 2 tu ade "gangguan" sikit dengan bilik no bape ntah..haaa bilik no 2 mana aku tak tau..esok baru nak pergi terjah..so kiteorg akan tidur di rumah yang tak berpenghuni tu lah..mintak2 tak ada pape gangguan lah kan..mane lah tau untung2 crew seeker nak buat pegambaran kat sane kan..eh!choi choi mulut aku ni..hahah!cuak aku lah..untung nasib dapat lah alami ape yang orang lain pernah alamikan..tapi rasanya seminggu lah aku demam nt...haha

ok lah korang esok untung2 dpt tangkap gambar rumah tu bagigi korang tgok..tapi tgu dlm seminggu lah ea..rumah tu bukan ade line tenet pun..rumah kosong lah katekan..hihi..

assalamualaikum....


Friday, January 20, 2012

Hak Merayu "Pemikiran Tun Dr Mahathir Mohamad" -ini bukan politik..ini tentang hak MERAYU

assalamualaikum..

maaf ini hanya copy and pase sahaja..harap maklum...

HAK MERAYU

by Dr. Mahathir bin Mohamad.

1. Dalam sejarah kehakiman di Malaysia, Anwar menang pertandingan membuat “appeal” atau rayuan terhadap keputusan mahkamah yang dikenakan kepadanya.

2. Selama empat tahun kita tidak dengar lain selain daripada appeal Anwar terhadap keputusan mahkamah berkenaan dirinya dalam kes Saiful.

3. Awal-awal lagi dituntut supaya hakim ditukar kerana kononnya berat sebelah. Dengan itu perbicaraan ditangguh sementara tuntutannya ditimbang oleh mahkamah. Masa berbulan-bulan berlalu kerana mahkamah terpaksa menentukan tarikh untuk mendengar rayuannya.

4. Setelah diputus yang hakim berkenaan boleh dengar rayuannya, ada lagi rayuan yang dikemukakan.

5. Jika keputusan yang dibuat baru-baru ini mendapati Anwar bersalah, percayalah ia akan membuat appeal kepada Mahkamah Rayuan (Appeal Court).

6. Jika Appeal Court bersetuju dengan keputusan Mahkamah Tinggi, maka Anwar akan rayu kepada Federal Court.

7. Jika Federal Court mengesahkan keputusan oleh High Court dan Appeal Court, maka Anwar akan tuntut untuk kesnya dibawa kepada Special Court.

8. Tetapi apabila Anwar didapati tidak bersalah kerana tidak ada corroborating evidence, hak mangsanya untuk membuat rayuan dipertikaikan.

9. Apakah dalam negara ini pembesar pembangkang mempunyai hak istimewa bahawa keadilan hanya berlaku apabila ia didapati tidak bersalah?

10. Apakah dalam negara ini mangsa yang kerdil tidak berhak kepada keadilan sehingga dia tidak boleh merayu untuk didengar oleh mahkamah yang lebih tinggi?

11. Apakah di negara ini keengganan pembesar pembangkang mengangkat sumpah bukan sahaja di masjid dengan menjunjung Al Quran tetapi semasa dibicara dalam mahkamah biasa tidak mempunyai apa-apa makna terutama kepada orang Islam, dan sumpah laknat oleh si kerdil juga tidak boleh diambilkira?

12. Atau apakah menjadi satu daripada perjuangan Pakatan bahawa apa yang disarankan oleh Anwar dalam BBC bahawa undang-undang negara ini sudah lapok dan perlu ditukar kepada kebebasan untuk meliwat mengikut liberalisme Barat?

Sunday, January 15, 2012

semua orang dapat hidayah dari ALLAH SWT..tapi korang je tak perasan...

assalamualaikum...
"ALLAH berfirman yang bermaksud: “Sesiapa yang Allah kehendaki mendapat hidayah nescaya dilapangkan dadanya untuk menerima Islam dan sesiapa yang dikehendaki sesat nescaya dijadikan dadanya sempit dan sesak seolah-seolah naik ke langit. Demikianlah Allah menimpakan kehinaan kepada orang yang tidak beriman.” (Surah al-An’am, ayat 125)."

semua orang dapat hidayah dari Allah? pada pendapat aku...semua orang dapat hidayah dari allah..cuma antara sedar dan tak sedar sahaja...ini ialah dari pemerhatian aku lah...aku tak buat research pun pasal bnda ni..tapi secara jujur aku rasa hari2 aku dapat hidayah dan petunjuk dari Allah supaya mengikut ke jalan yang lurus..Alhamdulillah...


contohnya macam ni..pernah tak korang tengah lepak-lepak...duduk..borak2 kosong then dengar AZAN...tak kira lah azan subuh ke asar ke zuhur ke..pernah tak?pernah tak korang terfikir "ya allah dah azan lah.." haa cuba korang fikir balik..Allah bukakan hati korang sikit..terdetik dekat hati korang kan bila dengar azan..cuma malas atau rajin je nak mengerjakan solat tuh..Allah dah bagi petunjuk pun..cuma manusia ni kadang2 amik remeh je..




ok contoh kedua..ade si polan ni bertanya atau melihat kawan dia yang memakai tudung.."eh kau dah pakai tudung ke sekarang ni? kawan: a'ah dah mula pakai dah..polan: ouh... atau pun "eh cantik kan tudung2 sekarang ni..dulu tak cantik pun..cantik lah minah tu pakai tudung dia..menarik.." atau pun.."eh rambut kaw panjang lah dulu tak panjang pun..(bila kwn buka tudung)..haaa..nampak tak nampak tak?memang lah benda atau ape yang dia cakap tu remeh.."benda biasa lah bro" kate kau...hahaha!tapi cuba teliti elok2 sikit...terdetik tak hati korang nak pakai tudung?terdetik tak hati korang nak berubah...terdetik tak hati korang nak kembali ke jalan allah..
yeeee...memang korang boleh cakap "orang yang pakai tudung tu tak confirm masuk syurga..orang pakai tudung tuh bukan alim sangat pun..orang pakai tudung tu pun entah2 pergi clubbing" nauzubillah min zalik...


ye mulut orang kita tak boleh nak tutup..biarkan lah..kita berserah kepada allah..biar allah je yang menilai sma ada kita ni umat yang taat ke tidak..memang korang akan bace then cakap ini benda kecik je..tak sure lah minah ni merapu je nak cakap pasal hidayah allah..siapa kau! tapi aku tak kisah lah..aku cuma ingin berkongsi..mana lah tau ada antara orang2 yang hari2 berdoa minta petunjuk dari allah tapi katanya allah tak bagi petunjuk..padahal allah bagi dah petunjuk tu cuma kita manusia ni tak fikir secara mendalam..


p/s: aku cakap benda ni pun tentang diri sendiri...tentang diri yang baru ingin mendekat kan diri kepada yang maha kuasa lagi maha mengampun...


assalamualaikum...